Iktibar Palestin Buat Remaja Sekolah

Sekolah Menengah Banting
Dewan penuh sesak dengan kehadiran lebih 200 orang pelajar

Banting, Selangor 12 Feb 2009 –  BETAPA mudahnya remaja-remaja Malaysia untuk memperolehi ilmu daripada guru di sekolah berbanding anak-anak remaja Palestin yang terpaksa menghadap bucu senapang Yahudi yang ingin menghalang mereka daripada pergi mendapatkan ilmu daripada guru.

Murid-murid asrama di Sekolah Menengah Banting dipertontonkan dengan gambar tentang betapa zalimnya rejim Zionist Yahudi dalam menyekat berbagai hak asasi manusia di Palestin, khasnya di Gaza, baik di segi persekolahan mahupun keperluan asas untuk membolehkan mereka terus hidup di bumi tumpah darah mereka sendiri. Seramai 215 orang pelajar asrama lelaki dan perempuan itu menyaksikan sendiri klip tayangan video serta slaids yang memaparkan bagaimana remaja sekolah ditampar, diterajang, dipukul sehingga luka, diseret ibarat bangkai dan pengsan oleh askar-askar Yahudi yang lengkap bersenjata. Ada yang ditangkap dan dimasukkan terus ke dalam jip tentera, mungkin hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan semula.

Ada sebuah klip menunjukkan seorang anak remaja sebaya 13 tahun yang sedang berjalan bersama bapanya yang telah tua tiba-tiba diseret oleh beberapa orang askar Yahudi tanpa ada sebarang provokasi. Begitulah Yahudi zaman berzaman – kejam, bengis, bangsat tetapi penakut. Namun begitu, anak-anak Palestin itu tetap tenang kerana mereka inginkan syahid di jalan Allah SWT walaupun usia mereka masih muda.

Sekolah Menengah Banting
Gaya bersahaja penceramah berjaya mendapat respon yang baik daripada murid-murid

Penceramah jemputan daripada Sekretariat HALUAN Palestin, Ustaz Adni Abdul Razak berkata anak-anak kecil dan remaja Palestin menjadi model kepada kebangkitan Islam di kalangan generasi muda di negara-negara Islam. Keberanian mereka menentang musuh Allah SWT yakni Yahudi laknatuLlah alaih memberikan inspirasi kepada seluruh warga remaja dunia supaya bangun menegakkan kebenaran di mana saja di dunia ini jika Islam cuba dicabar dan dicalari.

“Kita kena bangun subuh awal, sebelum masuk waktu dan bersedia bersolat tepat pada waktunya. Kita kena mendampingi Al-Quran setiap hari dan sentiasa berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin, tidak cuba ponteng sekolah dan rajin berusaha, macam remaja Palestin yang tidak tahu istilah mengalah sama sekali,” katanya kepada para hadirin.

Tambahnya, ramai di antara para remaja yang dibunuh macam binatang oleh rejim Zionist Yahudi itu adalah mereka yang telahpun menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Rejim Zionist itu sangat takut dengan mereka yang menghafaz Quran kerana mereka ini merupakan remaja yang bakal bangun memimpin masyarakat Palestin di satu hari nanti.

Sekolah Menengah Banting
Pengetua, Cikgu Muhammad Najib Ayob (kiri) bersama Guru HEM, Cikgu Hussin Saharin tekun mendengar ceramah bersama anak-anak muridnya

Menurut Pengetua sekolah, Cikgu Muhammad Najib Ayob, pelajar SMK Banting sudahpun mendapat penerangan awal mengenai isu Palestin semasa perhimpunan sekolah mereka daripada ustaz sekolah berkenaan. Namun, inilah kali pertama pelajar dipertontonkan gambar-gambar kesengsaraan umat Palestin di Gaza. SMK Banting mempunyai 1,172 orang murid yang terdiri daripada berbagai kaum.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts