Israel bunuh 11 rakyat Gaza dalam serangan 24jam

Menurut laporan PressTV lewat petang Khamis 25 Ogos, rejim pengganas zionis Israel telah membunuh seramai 11 orang rakyat Gaza dalam tempoh 24 jam serangan udara ke atas wilayah Palestin itu. Serangan terkini disasarkan ke daerah Toffah di timur Gaza, dan al-Zeytoon di tenggara Gaza.

Terdahulu pada hari Rabu, Israel melancarkan serangan dari awal pagi sehingga ke hari Khamis, dengan membunuh seramai 6 orang dan mencederakan 30 yang lain.

Rejim Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza sejak beberapa hari lalu berikutan kejadian serangan di bandar peranginan Eilat berdekatan Laut Merah minggu lepas. Sejak kejadian tersebut, serangan-serangan tentera pengganas Israel ke atas Gaza telah mengorbankan seramai 22 orang penduduk Gaza. Pemerintah Gaza dan faksi-faksi pembebasan di Gaza dengan jelas menafikan penglibatan mereka dalam serangan di bandar Eilat tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts