Israel istihar Gencatan Senjata?

olmert-brainSetelah 22 hari menggempur Jalur Gaza, Israel secara sebelah pihak akhirnya menyatakan gencatan senjata. Meski demikian, pasukan Zionis masih melakukan serangan di beberapa kawasan di Gaza dan tentera-tentera Zionis itu masih belum mampu menguasai kota Gaza seluruhnya. Gencatan senjata dari pihak Israel, diumumkan oleh Perdana Menteri Israel Ehud Olmert dalam kenyataannya kepada wartawan di Tel Aviv. Beliau mendakwa bahawa Israel telah mencapai matlamat serangannya ke Jalur Gaza yang telah ditetapkan oleh kabinetnya.

Olmert mengatakan pihaknya mengambil keputusan gencatan senjata setelah melakukan perbicaraan dengan Presiden Mesir Husni Mubarak dan setelah Tel Aviv menandatangani kesepakatan kerjasama dengan AS hari Jumaat kelmarin untuk menangani masalah yang didakwa Israel sebagai penyeludupan senjata dari Mesir ke Gaza.

Israel memulakan gencatan senjata pada Ahad (18/1) pukul 02.00 petang waktu setempat. Namun dalam gencatan senjata itu, Israel tidak mennyentuh permasalahan penarikan pasukannya dari Jalur Gaza dan penarikan sekatan di Gaza seperti tuntutan Hamas. Israel juga mengancam akan kembali menyerang Gaza jika pejuang Palestin menembak kedudukan Israel dengan roketnya.

Walaupun sudah mengumumkan gencatan senjata, sebuah helikopter Israel masih melakukan serangan ke beberapa kawasan di Gaza City dan menjatuhkan bom-bom yang mengandung senjata kimia berbahaya fosfor putih. Wartawan TV Stesyen televisyen berbahasa Inggeris yang beroperasi di Iran-menayangkan pemandangan Gaza City yang masih diliputi asap putih akibat ledakan bom-bom fosfor tersebut.

israel-soldiersSelama 23 hari serangan ganas pasukan Zionis ke Jalur Gaza, sekitar 1215 warga Gaza gugur syahid dan 6000 orang lainnya cedera. Sementara di pihak Israel, Tel Aviv mendakwa kehilangan 12 tenteranya dan 85 orang lainnya cedera. Sedangkan Hamas menyatakan berhasil membunuh 34 tentera Israel dan mencenderai 96 orang lainnya.

Hamas bersikap dingin dengan kenyataan gencatan senjata yang diumumkan secara sebelah pihak oleh Israel tanpa melibatkan pihak Palestin. Juru Bicara Hamas Fawzi Barhum mengatakan, gencatan senjata harus disertai penghentian agresif secara menyeluruh, penarikan seluruh pasukan Israel dari Jalur Gaza, penarikan sekatan bantuan dan pembukaan persempadanan.

“Kenyataan gencatan senjata oleh Zionis musuh kami, menunjukkan bahawa merekalah yang telah mengobarkan perang, perang yang dilancarkan musuh pada rakyat kami,” tegas Barhum seraya menegaskan bahawa Hamas tidak akan menerima kehadiran pasukan Israel di Jalur Gaza meski cuma seorang tentera.

Barhum menyatakan, Hamas akan terus berlawan terhadap Israel sehingga semua tuntutan Hamas dipenuhi.

Kenyataan gencatan senjata secara sebelah pihak oleh Israel dan penegasan Hamas itu, membuktikan bahawa Israel tidak mampu menumbangkan Hamas, apalagi sampai hari ke-23 pasukan Zionis juga masih belum mampu menguasai Gaza sepenuhnya. Dari sisi moral, Hamas telah memenangi perang yang dimulai oleh Israel. Sedangkan Israel berhadapan dengan kecaman dari masyarakat dunia kerana kekejaman pasukan tenteranya yang telah membunuh warga awam Palestin yang tidak berdosa, sekaligus menunjukkan karakter Israel sebagai negara penjajah yang membahayakan kawasan Timur Tengah.

Sebuah undian yang dilakukan Wartawan TV menunjukkan bahawa majoriti responden meyakini Israel tidak akan mampu menghancurkan Hamas. Dari 26,385 responden, 76 peratus menyatakan Hamas akan mengalahkan Israel dalam perang darat. Selain itu, 35 peratus responden menyatakan keganasan dan kekejaman Israel ke Jalur Gaza, akan menyatukan umat Islam dan umat Islam akan memberikan bantuan pada rakyat Palestin.

israel-wound

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts