Dua isu penting di media Israel mutakhir ini ialah pengakuan Dana Stroul bekas diplomat kanan di Kementerian Pertahanan Amerika bahawa Israel berhadapan dengan kekurangan serius interceptor missiles (misil penangkis serangan udara) seumpama Iron Dome, Davids Sling dan Arrow 2/3.
Dana Stroul yang lebih 10 tahun berkhidmat di Kementerian Pertahanan dan Senat US adalah pakar persenjataan secara khususnya di Timur Tengah mendedahkan dalam temubualnya dengan Financial Times bahawa Amerika tidak mampu untuk membekalkan secukupnya Interceptor kepada Israel dikala mereka juga berhadapan dengan keperluan untuk membantu Ukraine ketika ini.
Penghantaran sistem pertahanan Thaad yang khabarnya dalam perjalanan adalah alternatif yang Amerika boleh berikan kepada Israel dengan dikendalikan oleh tentera Amerika sendiri. Tetapi ia tidak boleh menampung untuk menghalang serangan serangan jarak dekat atau kelajuan bisa seperti dilakukan menggunakan drone dan cruise missile.
Puncanya ialah perang terlalu lama dan serangan berterusan sepanjang setahun oleh Hamas dari Gaza dan Hizbullah dari Lubnan menyebabkan Israel kehabisan senjata penangkis tersebut. Maka tidak hairanlah mutakhir ini samada dalam kes serangan Iran bulan lalu atau serangan terbaru Hizbullah, banyak roket dan drone yang tidak dapat disekat oleh Israel telah jatuh ke bumi.
Keduanya, kejutan serangan dron kecil oleh Hizbullah terhadap kem tentera Is rael Brigade Golani di Binyamena iaitu satu kawasan dikedudukan antara Haifa dan Tel Aviv dalam jarak sekitar 80 km dari sempadan Lubnan. Operasi yang dinamakan Ops Khaibar oleh Hizbullah telah membunuh (dakwaan Israel) 4 anggota tentera Israel dan mencederakan 60 orang yang lain. Namun banyak sumber Israel sendiri mempercayai jumlah kematian dan kecederaan lebih besar daripada itu.
Brigade Golani merupakan salah satu pasukan elit dalam tentera darat Israel dan ketika itu mereka sedang berpesta makan besar meraikan kejayaan mereka membunuh orang awam Lubnan. Drone Hud Hud yang diterbangkan ke kem tersebut merupakan serangan Kamikaze yang diletupkan bersekali dengan badannya yang dipasang bom.
Ia bukan dron yang terlalu canggih tetapi dalam jarak 80-100 km diterbangkan ke wilayah jajahan Israel, gagal dikesan dan gagal dipintas oleh pemintas milik Israel.
Ia menggemparkan Israel disebabkan dua perkara. Pertamanya, sejak 27 September yang lalu, Israel merayakan pembunuhan Syed Hassan Nasrullah pemimpin utama Hizbul lah setelah seminggu mereka menjayakan operasi demi operasi bermula letupan Pager sehinggalah kematian tokoh tersebut.
Berbeza dengan serangan terhadap Gaza yang wujud pertikaian sesama pemimpin dan rakyat Israel, tetapi serangan terhadap Hizbul lah dan Lubnan disokong penuh oleh kesemua fraksi politik kerajaan dan pembangkang serta rakyat Israel. Bagi mereka Hizbullah telah lumpuh dengan kematian Hassan Nasrul lah dan sejumlah besar pemimpin kanannya.
Tetapi apabila Brigade Golani diserang dan membawa kematian dan kecederaan dalam jumlah yang besar, serta gagal dihalang langsung oleh senjata penangkis udara Israel, ia menggemparkan rakyat.
Sehingga ada media Israel yang memaparkan teori bahawa sebenarnya Hassan Nasrullah tidak mati. Siapa yang boleh memberi bukti beliau terbunuh? Di mana pengkebumiannya dan di mana kuburnya? Persoalan ini bukan perbualan rakyat awam, tetapi diberitakan secara langsung dimedia.
Maka janji kerajaan untuk mengambil masa beberapa minggu sahaja menyelesaikan ‘urusan’ di Lubnan sebelum 60 ke 100 ribu rakyat Israel di Utara boleh kembali ke kediaman mereka yang telah mereka tinggalkan sejak setahun yang lalu kembali dipertikaikan.
Jika pun kerajaan beri jaminan, mereka tetap bimbang untuk kembali ke rumah mereka kerana terbukti dengan serangan tersebut menunjukkan Hizbullah tidak lumpuh dan kekal kuat untuk meneruskan serangan. Serba tidak kena buat Netanyahu.
Apapun yang berlaku menampakkan perang bentuk baru yang tidak berlaku pada dekad yang lalu terjadi pada hari ini. Isrel sendiri memulakan satu rekod yang membahayakan dalam operasi letupan pager dan walkie-talkie bulan lalu dan ia membuka dimensi baru kepada kajian berikutnya yang akan kembali membahayakan mereka dan dunia juga.
Begitu juga keupayaan dron untuk terbang bebas tanpa sekatan di wilayah musuh dan membawa kemusnahan yang besar dalam konteks ketenteraan menggambarkan perlumbaan teknologi baru di era ini.
Sebab itulah dikala AS berbangga dengan berbelas kapal pengangkut pesawat yang sekali jalan boleh membawa beratus pesawat tempur, manakala beberapa negara lain yang lama disekat aktif membina hypersonic missile inter continent yang lebih murah dan boleh ditembak sejauh beribu km dengan kelajuan yang maksima dan kos yang lebih murah berbanding memiliki kapal pengangkut.
Semuanya berkait advance technology dan kesungguhan melakukan kajian. Ianya tidak terhad lagi hanya boleh diperolehi oleh kuasa besar yang kaya raya tetapi juga oleh negara negara lain yang bersungguh dalam pembelajaran.
Apapun terjadi, serangan ganas Israel dengan membakar dan membunuh hidup hidup orang awam di Gaza dan Lubnan sedikitpun tidak menggembirakan mereka dan menjamin keselamatan Israel. Dengan hanya satu kejadian seumpama serangan terhadap tentera elit Brigade Golani tersebut telah mengacau bilaukan pentadbiran Israel.
Memalukan dan lemah apabila hanya berlawan dengan kumpulan kecil non state actors seperti Hamas dan Hizbullah, terpaksa berbelanja berpuluh billion setahun dan perlukan bantuan langsung Amerika, Jerman dan lain-lain negara. Namun tetap gagal dalam misinya menghapuskan lawan melainkan hanya membunuh orang awam yang lemah.
Tulisan Nasaie Ismail.