Amerika syarikat , Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain termasuk Arab mendesak pelaksanaan gencatan senjata sementara dengan perlaksanaan serta-merta selama 21 hari di sempadan Lubnan-Israel.
Ia berikutan serangan berterusan rejim itu terhadap Hizbullah yang mencetuskan ketegangan di rantau Asia Barat.
Keganasan itu menyebabkan beratus-ratus kematian dan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.
Mereka mendesak gencatan senjata perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi membuka ruang untuk rundingan.
Israel ketika ini tidak berminat dengan gesaan PBB.