Israel Tidak Pernah Serius Berdamai Dengan Palestin

Akhbar “Palestine Papers” yang diterbitkan oleh Al Jazeera dan The Guardian menjemput mereka yang berminat dengan proses perdamaian untuk mengetahui bagaimana rundingan antara Israel dan Palestin dijalankan. Sebuah koleksi minit rundingan antara pihak berkuasa Palestin dengan kerajaan Israel telah diterbitkan buat kali pertama, dan mendedahkan bukan hanya jurang yang memang sedia dimaklumi, bahkan jenaka dan rancangan yang tidak pernah direalisasikan.

Koleksi berkenaan mendedahkan pembohongan Israel yang seringkali menampilkan imej ‘tidak bersalah’ dan menjadi ‘mangsa’ melalui komitmen yang ditunjukkan Palestin dalam siri rundingan yang dijalankan. Tahukah anda bahawa Palestin telah mengutarakan rundingan yang serius tentang persempadanan negara yang merdeka, bahkan mengemukakan peta yang terperinci meliputi kawasan Tebing Barat dan BaitulMaqdis Timur? Sehingga kini, dunia mungkin diberitahu bahawa Olmert telah menawarkan Abbas pelan lengkap yang mengandungi peta negara tetapi Abbas tidak memberi jawapan, namun kini nyata, kumpulan rundingan Palestin yang diketahui oleh Ahmed Qureia lebih serius dan pantas bertindak berbanding Olmert.

Peta berkenaan menjadi saksi mengapa persetujuan begitu sukar untuk dicapai, iaitu pertelagahan tentang kawasan penempatan haram yang semakin meluas. Pemimpin Israel mengulangi pendirian mereka kepada umum bahawa Ma’aleh Adumim, Gush Etzion, Ariel dan kawasan sekitar Baitulmaqdis akan menjadi wilayah Israel dalam apa jua rundingan yang akan diadakan. Kawasan ini merangkumi seratus atau lebih kawasan penempatan melangkaui sempadan kedua-dua negara.

Masalah timbul berikutan pelan yang dicadangkan oleh Olmert dan Livni adalah jauh dari apa yang berhak diperolehi untuk Palestin. Kumpulan The Geneva Initiative sebelum ini berbangga dengan tawaran yang dilakukan dengan pihak berkuasa Palestin – penukaran Ma’aleh Adumim sebagai ganti pengosongan Ariel. Akhbar Palestine Papers menunjukkan bahawa Qureia dan anggotanya tidak pernah menerima tawaran tersebut dan mendesak sempadan timur Israel untuk mengelilingi Mount Scopus.

Namun, hakikat yang lebih memalukan adalah berkenaan rakyat dan bukan persempadanan. Livni mencadangkan pemindahan ke perkampungan Arab Palestin di tanah Israel; manakala Qureia menawarkan pendatang di Ma’aleh Adumim untuk kekal di kediaman mereka dan diletakkan di bawah pentadbiran Palestin. Kedua-dua cadangan telah ditolak dan keduanya bertentangan dengan kedudukan rasmi kedua-dua pihak.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti menikmati penghinaan yang ditimbulkan oleh kedua-dua seterunya, Livni (seteru politik) dan Abbas. Namun, apabila dunia mula melupakan tentangnya, Palestin boleh menggunakan dokumen yang dibocorkan untuk mengukuhkan kenyataan bahawa merekalah yang keseorangan dalam rundingan yang dijalankan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts