Jenazah Omar Awawdeh berjaya diseludup keluar sebelum ditahan tentera Zionis

AL-KHALIL, 11 Dis 2018 — Sekumpulan pemuda Palestin berjaya menyeludup keluar jenazah Omar Hassan al-Awawdeh, yang ditembak mati oleh tentera Zionis, dari Hospital al-Ahli di kota al-Khalil, sebelum tentera Zionis menyerbu untuk menahannya.

Omar meninggal dunia selepas ditembak dengan enam butir peluru di bahagian dada dan jantungnya, dari arah belakang.

Ketika pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) tiba di tempat kejadian, tentera Zionis mendakwa mangsa tercedera dalam satu kemalangan jalanraya. Bagaimanapun, petugas PRCS terkejut apabila mendapati mangsa ditembak dengan enam butir peluru.

Tentera Zionis lazimnya menahan janazah penduduk Palestin yang mereka bunuh atas sangkaan cuba membuat serangan anti-penjajahan.

(PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts