Jordan: Undang-undang halang azan batal dan tidak sah

AMMAN, 15 Nov 2016 (PIC) — Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan hari ini menegaskan sebarang keputusan rejim Zionis ke atas tapak-tapak suci di kota al-Quds, termasuk undang-undang melarang laungan azan, adalah terbatal dan tidak sah.

Dalam kenyataan beliau, setiausaha kementerian Abdullah Abbadi menegaskan tentang resolusi antarabangsa yang menetapkan bahawa “penjajah tidak boleh membuat sebarang perubahan ke atas kota yang dijajah.”

Ahad lalu, Jawatankuasa Perundangan Kementerian Zionis meluluskan deraf resolusi yang mengharamkan laungan azan menggunakan pembesar suara di seluruh wilayah Palestin 1948 yang terjajah, atas alasan ianya membawa pencemaran bunyi.

Sebahagian pemimpin Zionis bimbang undang-undang tersebut akan membawa padah kepada amalan Yahudi sendiri, di mana mereka meniup trompet setiap menjelang tiba hari Sabtu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts