Sebuah Kajian di Amerika mengkategorikan gerakan HAMAS sebagai gerakan moderat, dan mengajak Amerika untuk menghilangkan phobia politik untuk tidak mahu berunding atau berkomunikasi dengan HAMAS; menghentikan sekatan terhadap HAMAS; dan memberikan kesempatan kepada HAMAS untuk “mewujudkan janjinya pada pelihanraya yang lalu kepada warga Palestin”
Kajian yang disampaikankan oleh Dr. Syarifah Zuhur, Pensyarah pada Jabatan Kajian-Kajian Islam dan Timur Tengah, di sebuah Universiti dalam bidang Kajian Strategi, pada Kuliah Ketenteraan yang ada kaitan dengan tentara Amerika tersebut, menyebutkan bahawa HAMAS merupakan organisasi yang sangat moderat.
Kajian yang memiliki setebal 107 halaman dengan tema “HAMAS dan Israel: Strategi Konfrontatif Terhadap Politik yang Dibangun oleh Sebuah Jamaah” juga menyebutkan, bahawa HAMAS bukan tidak memiliki perhatian terhadap konsep “Jihad Alami –global-”, yang selalu menyeru pada pengorganisasian kesatuan.
Dalam kajiannya, Dr. Syarifah Zuhur menyatakan bahawa HAMAS merupakan ciri sebuah jamaah yang moderat seperti halnya jamaah-jamaah Islam yang lain dalam menerima tradisi logika ilmiah terhadap Barat.
Disebutkan juga bahawa sikap tidak senang HAMAS terhadap Amerika – bukan bangsa Amerika– sebagai musuh baginya adalah akibat kesan dari permusuhan yang dibangunkan oleh Amerika itu sendiri terhadap HAMAS.
Dan ditegaskan bahawa HAMAS pada hakikatnya tidak menginginkan terjadinya jihad secara global, sebagaimana ditegaskan bahawa musuh HAMAS satu-satunya adalah Zionis, bahkan harakah tersebut berkeinginan mengadakan komunikasi yang baik dengan Amerika.
Akhirnya kajian tersebut mencadangkan agar memberi kesempatan kepada HAMAS bagi mewujudkan janji-janji politiknya kepada warga Palestin, dengan disaksikan oleh konsensus antarabangsa untuk memberikan penyelesaian terhadap krisis yang dialami sejak musim panas tahun 2006 yang lalu, dengan memberikan penekanan agar dibolehkan HAMAS untuk memerintah dan mengakhiri sekatan persempadanan dan sekatan antarabangsa yang menyebabkan terjadinya krisis kemanusiaan di Palestin.
Sebagaimana Kajian tersebut mengajak Amerika dan entiti Zionis untuk menghindari diri dari politik eksklusifnya “untuk tidak berdialog dan berkomunikasi dengan HAMAS”.