Kawasan Selatan, Barat dan Utara al-Aqsa sudah dirampas, kini Israel inginkan kawasan Timur pula

Israel dilaporkan mengkaji semula rancangan untuk membina 104 buah pangsapuri baru di timur al-Quds. Bangunan tersebut dirancang untuk dibina di kejiranan Ras al-Amud, tempat tinggal kepada kepada 14,000 orang rakyat Palestin.

Persatuan Ir Amim melaporkan bahawa sinagog, gimnasium dan bangunan untuk pra-sekolah juga akan dibina bersama pangsapuri tersebut. Penempatan ini akan menghubungkan Ma’ale Adumim, satu satu penempatan terbesar di Tebing Barat. Ma’ale Adumim merupakan penempatan utama, di mana Amerika bersetuju untuk mengecualikan kawasan tersebut dari desakan memberhentikan pembinaan baru. Sekiranya Israel berjaya menghubungkan kawasan tersebut dengan satu penempatan baru dari kawasan Old City, akan lengkaplah usaha Yahudi mengambil-alih kota al-Quds menjadi milik mereka.

Sementara itu agensi berita Ma’an melaporkan Israel telah membina 596 struktur bangunan baru secara haram di Tebing Barat.

Laporan setengah tahun yang dikeluarkan oleh Peace Now menunjukkan pembinaan haram terus dijalankan di atas tanah yang dirampas dari rakyat Palestin di Tebing Barat. Tindakan ini jelas bertentangan dengan ‘usaha’ Israel untuk mengurangkan atau menghentikan penempatan baru.

Kebanyakan dari 596 unit bangunan baru itu “dibina mengikut perancangan lama yang telah diluluskan beberapa tahu lalu. Ini bermakna perancangan tersebut melangkau arahan menghentikan penempatan baru, tanpa memerlukan kelulusan dari Menteri Pertahanan seperti yang diperlukan untuk penempatan baru,” tulis laporan tersebut.

Pendedahan ini menjadi satu berita yang sangat penting, kerana Israel dilaporkan akan mengisytiharkan satu langkah penghentian sementara ke atas pembangunan penempatan baru. Pengisytiharan itu merupakan satu usaha kompromi kepada desakan kerajaan Amerika supaya dihentikan penempatan tersebut secara menyeluruh.

“Ianya adalah dalam bidang kuasa kerajaan untuk menghalang pembinaan yang telah diluluskan. Bagaimanapun, ianya juga merupakan suatu yang sangat mudah bagi kerajaan untuk membenarkan pembinaan tersebut diteruskan, dengan hanya menutup mata,” sebut laporan Peace Now lagi.

Peace Now juga mendedahkan bahawa perangkaan Israel menunjukkan terdapat lebih dari 40,000 unit (penempatan) rumah yang telah diluluskan masih belum lagi dibina.

“Secara teorinya, ia merupakan suatu yang munasabah untuk menggandakan bilangan penduduk di penempatan tersebut tanpa meluluskan perancangan baru,” lapor Peace Now lagi. Sebagai tambahan kepada perlaksaan rancangan lama, sebahagian daripada pembinaan yang dilakukan sebenarnya tidak menepati undang-undang Israel sendiri, dengan kata lain dibina secara haram dari kacamata Israel sendiri. (mn/Ma’an/PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts