Keadaan tahanan mogok lapar semakin kritikal

BEIT LAHM, 15 Dis 2016 (Maan) — Mahkamah Agung Zionis tetap enggan membebaskan tahanan Anas Shadid walaupun keadaan beliau semakin kritikal akibat mogok lapar sejak 83 hari lalu.

Beliau yang kini terbaring kesakitan di Hospital Assaf Harofeh tidak lagi mampu berdiri mahupun duduk dan kehilangan berat sebanyak lebih 15 kilogram.

Manakala seorang lagi tahanan, Ahmad Abu Farah, yang mogok lapar sejak 84 hari lalu mengalami sakit dada dan bahagian perut, kehilangan penglihatan dan tidak mampu menegok air.

Isnin lalu Mahkamah Agung Zionis menolak rayuan supaya mereka dibebaskan. Keputusan tersebut menyebabkan mereka berhenti minum air dan memboikot mahkamah Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts