Keganasan Zionis Reda Dengan Gencatan Senjata

Menteri Luar Mesir Mohammed Kamel Amr (kanan) bersama Setiausaha Negara Amerika Hilary Clinton (kiri) selepas mengumumkan genjatan senjata.
Menteri Luar Mesir Mohammed Kamel Amr (kanan) bersama Setiausaha Negara Amerika Hilary Clinton (kiri) selepas mengumumkan genjatan senjata.

BANDAR BARU BANGI, SELANGOR, 22 November 2012 – Keganasan tentera Zionis menyerang penduduk Gaza sejak lapan hari lalu kini diredakan dengan persetujuan gencatan senjata yang ditaja kerajaan Mesir pimpinan Dr Mohamed Morsi.

Persetujuan kepada rundingan yang berlangsung di Kaherah itu berkuat kuasa pada jam 9.00 malam hari Khamis, 22 November. Antara lain, teks kesepakatan gencatan senjata tersebut sebagai berbunyi:

“Israel akan menghentikan semua tindakan permusuhan (hostilities) di daratan, laut dan udara Semenanjung Gaza, termasuk pencerobohan dan sasaran-sasaran terhadap individu.“

“Semua paksi (pasukan pejuang di) Palestin juga akan menghentikan semua tindakan permusuhan dari Semenanjung Gaza terhadap Israel, termasuk serangan roket dan semua serangan di sepanjang sempadan.”

“Prosedur pelaksanaan kesepakatan ini akan dilaksanakan dalam 24 jam sesudah gencatan senjata. Mesir sebagai negara yang menaja rundingan ini akan memastikan kedua-dua pihak terlibat teguh berpegang dengan kesepakatan tersebut. Kedua-dua pihak dilihat menyatakan komitmen masing-masing untuk tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh merosakkan kesepakatan tersebut. Sekiranya berlaku tindakan yang merosakkan kesepakatan, Mesir sebagai penaja rundingan damai ini akan dimaklumkan dan akan mengambil langkah selanjutnya.”

Terdahulu, serangan bertubi-tubi tentera Zionis dari udara, laut dan darat terhadap rakyat Gaza dilihat sebagai pencabulan hak asasi manusia yang serius dan boleh mengundang kemusnahan yang lebih besar terhadap kehidupan di wilayah yang sedang diembargo itu. Pendudukan Zionis di wilayah-wilayah Palestin dilihat sebagai pencabulan terburuk terhadap sesebuah negara pasca Perang Dunia Kedua.

HALUAN Malaysia dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini semalam menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus menyalurkan bantuan kepada masyarakat Palestin melalui tabung-tabung amanah yang dikelolakan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia.

HALUAN yang komited mengendalikan penyaluran bantuan terus kepada rakyat Palestin sejak lebih lima tahun lalu turut melaksana beberapa projek prasarana strategik khususnya dalam sektor perubatan dan pendidikan juga menyeru rakyat Malaysia terus membantu melalui akaun Tabung Palestin HALUAN, BIMB – 14 023 01 003429 2 atau MAYBANK – 5644 9020 8528.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts