BAYT LAHM, 11 Jan 2016 (Maan) — Keluarga Ibrahim dari perkampungan Beit Sira di Ramallah hari ini menafikan laporan media Zionis bahawa seorang ahli keluarga mereka cuba membuat satu serangan berani mati.
Beberapa media utama Zionis melaporkan seorang wanita muda yang dikenali sebagai Diana Ibrahim dari Beit Sira sedang diburu oleh pihak rejim penjajah kerana memasuki kawasan selatan negara haram itu dari Tebing Barat untuk melakukan serangan. Bahkan Channel TV 10 menyiarkan foto Diana, yang mereka dakwa sebagai “penyerang” tersebut.
Bagaimanapun keluarganya mendakwa bahawa Diana tidak pernah meninggalkan rumahnya ketika itu. “Dia tidak keluar dari rumah. Semua yang didakwa oleh polis Zionis tentang Diana adalah palsu dan tidak berasas sama sekali,” kata Imad Hammad, abangnya.
Media Zionis juga melaporkan pihak polis penjejah telah menangkap seorang lelaki Palestin yang dikatakan merancang untuk memandu kereta dan membawa penyerang ke tempat untuk diserang.
Namun pihak media Zionis kemudiaannya mengesahkan semua laporan tentang rancangan menyerang itu sebagai cerita “rekaan palsu.” Jurucakap polis Zionis Micky Rosenfeld mengesahkan berlakunya suasana tegang selama tiga jam berikutan laporan tersebut, namun kini keadaan pulih seperti biasa.