Kenapa PUMA Tidak Perbaharui Kontrak Tajaan?

PUMA membocorkan berita bahawa mereka tidak akan memperbaharui penajaan pasukan bola sepak penjajah Israel. Inilah sebabnya;

Menyokong regim Israel tidak akan baik untuk perniagaan. Tambah lagi, semasa melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.

215 pasukan Palestin menulis surat kepada PUMA pada 2018 menggesa menamatkan penajaan Persatuan Bola Sepak Israel berhubung penyertaan dalam liga.

Sejak itu, kempen #BoycottPUMA global telah menimbulkan kos terhadap PUMA dan menyebabkan reputasi mereka rosak.

Inilah aktiviti BDS selama 5 tahun terhadap PUMA:

  • Tidak henti-henti membantah dan mengganggu pejabat dan kedai PUMA.
  • Meyakinkan pasukan, atlet, artis dan kedai untuk membuang PUMA
  • Mengambil alih talian PUMA dan menyatakan pembohongan mereka
  • Memboikot produk PUMA
Boikot PUMA

PUMA telah berulang kali mengakui berada dibawah tekanan oleh kempen boikot global:

  • Seorang peguam PUMA memberitahu BDS bahawa kempen itu menjadikan hidup mereka tertekan.
  • Notis dalaman yang bocor mendapati PUMA berbohong semasa cuba menyakinkan rakan kongsi perniagaan dan duta jenama yang bimbang.
  • Ketua Pegawai Eksekutif PUMA begitu gementar sehingga tersilap menyebut “BDS” semasa bercakap tentang “Better Cotton Initiative” tahun lepas di Mesyuarat Agung Tahunan PUMA dihadapan 200 orang pemegang saham.

Sejak penjajah Israel mengebom penduduk di Gaza, media melaporkan peminat menggesa NCT 127 dan Rihanna untuk menamatkan kerjasama dengan PUMA.

O’Neills, rangkaian pakaian sukan terbesar di Ireland mengeluarkan produk PUMA daripada kedainya.

Pasukan Ireland menyertai boikot dengan menyeru ahli dan peminat memboikot PUMA.

Hasilnya, kontrak PUMA dengan Persatuan Bola Sepak Penjajah Israel akan tamat pada Disember 2024.

Ayuh, pastikan PUMA menamatkan aktiviti bersama penjajah Israel.

Terjemahan dan olahan daripada penulisan BDS

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts