30 Mei – Presiden IHH, Bulent Yıldırım telah mengadakan sidang akhbarnya di kapal Marmara Mavi, yang sedang berlabuh berhampiran Cyprus saat menunggu baki kapal-kapal yang lain tiba.
Yıldırım berkata, “Kami akan belayar menuju Gaza pada waktunya. Tidak perlu terburu-buru, kita sedang menunggu waktu yang tepat. Mungkin, sementara itu, diharapkan Israel akan mula berfikir lebih rasional. ”
Membalas laporan yang mengatakan Israel akan mengancam dan menyerang kapal-kapal “Freedom Flotilla”, Yıldırım menegaskan “Para penumpang yang termuda di atas kapal ini hanya berumur satu tahun. Ada yang berumur lebih dari 80tahun juga bersama kami. Jika Israel mahu mengambil risiko menyerang kapal ini, mereka boleh melakukannya. Dalam kes serangan, kita akan melakukan perlawanan semula tanpa kekerasan. Kami bahkan tidak mempunyai pisau lipat di sini, tetapi kami tidak akan membiarkan tentera Israel menceroboh kapal ini. ”
Menyatakan bahawa kerajaan Israel tidak upaya menguruskan krisis ini dengan baik, Yıldırım berkata “Jika Israel adalah negara demokrasi, mereka akan membenarkan armada ini berlabuh di Gaza dan membiarkan kemanusiaan memenangi usaha murni ini. Sebaliknya, mereka menghadapi kempen ini sebagai satu penghinaan untuk menghormati mereka kerana mereka adalah negara tentera. Menteri Israel memilih cara yang di luar kemanusiaan. Seharusnya, armada ini tidak akan menerima banyak publisiti seperti yan diperoleh sehingga hari ini. Saya tidak tahu berapa banyak alasan mereka (Israel) untuk terlibat menghalang misi kemanusiaan ini. Biasanya, kita yang seharusnya menunjukkan sikap agresif. Namun, Israel bertindak lebih agresif. Setiap hari kenyataan demi kenyataan baru mereka keluarkan. Israel tidak melayan kita seperti NGO. ”
Bulent Yıldırım juga menyebut bahawa sokongan terus datang dari seluruh dunia terhadap armada bantuan, termasuk dari negara-negara Muslim, Perancis, Belgium, Chile, Brazil, Turki dan Kesatuan Eropah. Beliau berharap agar sokongan ini terus meningkat menyokong armada bantuan kemanusiaan ini.
Yıldırım sekali lagi menyatakan bahawa mereka bertekad untuk mencapai matlamat mereka dan mereka tidak akan kembali. Dia juga menyebut bahawa sekiranya Israel bertindak melulu menahan rombongan kemanusiaan ini, protes terhadap Israel akan diadakan di banyak negara, termasuk Turki. Yıldırım berkata “Saya tidak berfikir bahawa Israel mahu menanggung risiko itu dan menghadapi reaksi seperti itu.”
Yıldırım, dalam menjawab pertanyaan “bilakah mereka bercadang untuk belayar ke Gaza”, katanya “Kita akan berlayar menuju Gaza pada waktunya. Tidak perlu terburu-buru, kita sedang menunggu waktu yang tepat. Biarlah pada saat ini jawapan pada persoalan tersebut hanya ada pada kami sahaja, saya yakin bahawa Israel terlalu ingin tahu jawapannya juga.” (ihh)