Ketua Institut Hak Asasi Britain: Israel Tiada Hak Protes Tindakan Britain Mengeluarkan Surat Perintah Penangkapan Terhadap Livni

LivniAdalah sama sekali tidak menghairankan apabila kerajaan Israel sangat marah tatkala bekas Menteri Luar Negeri mereka, Tzipi Livni mendapat surat perintah penangkapan terhadap beliau sekiranya beliau memasuki Britain. Karakter mereka itu sebagai tanda “pencabulan diplomatik” antarabangsa. Mereka yang datang ke Britain perlu akur kepada undang-undang Britain.

Hal ini diperlukan kita lihat dari setiap sudut pandang bagi kes tersebut dan melihatnya dengan gambaran yang lebih luas. Kejahatan perang dan jenayah terhadap kemanusiaan adalah jenayah antarabangsa yang melampaui batas-batas kebangsaan. Jenayah seperti itu nampaknya tidak akan ditebus di negara tempat pelaku memegang kuasa politik. Justeru, mereka hanya boleh diputuskan di mahkamah negara lain, atau dalam sebuah mahkamah antarabangsa atau mahkamah tribunal.

Sejak Perang Dunia Kedua berlaku pemantapan mekanisme perundangan telah dibentuk untuk memastikan bahawa tidak ada tempat persembunyian bagi para pelaku kejahatan antarabangsa. Sesuai dengan perjanjian PBB, seperti Konvensyen Geneva, banyak negara, termasuk Britain, memberikan bidang kuasa mahkamah untuk mendakwa penjenayah tertentu di luar wilayah mereka sendiri.

Terdapat pergeseran rapat antara kedaulatan negara dan aspirasi undang-undang antarabangsa. Maka sudah tentu hal ini menuntut hari demi hari kepraktisan diplomasi antarabangsa antara negara bangsa di bawah ancaman prosecutif. Saling berkompromi telah berlaku dan akan terus dilakukan.

Tradisional kekebalan – daripada ketua negara, daripada perwakilan diplomatik, dan negara itu sendiri – sudah cukup untuk membolehkan hubungan antara negara dapat diteruskan. Namun kekebalan ini sedang semakin merosot jauh di mana jenayah antarabangsa yang bersangkutan, dan Tzipi Livni nampaknya tidak mempunyai hak untuk salah satu daripada tradisi kekebalan perundangan. Beliau bukan ketua negara; juga kunjungannya bukan atas tujuan diplomatik.

Mantan Presiden Chile gagal dalam cabaran terhadap untuk mengekstradisi beliau ke Sepanyol untuk diadili atas penyeksaan. Kes beliau mendorong kemajuan bidang kuasa universal atas jenayah terhadap kemanusiaan. tindakan protes kerajaan Israel seharusnya tidak dibenarkan untuk mencampuri perkembangan kemajuan perundangan antarabangsa.

Tulisan oleh Geoffrey Bindman, beliau adalah Ketua Institut Hak Asasi Britain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts