Kumpulan pelampau Yahudi teruskan pembinaan bangunan di atas tanah penduduk Palestin

AL-QUDS, 12 Mei 2016 (Maan) — Kumpulan pelampau Yahudi, Amana, meneruskan kerja pembinaan bangunan di atas tanah seluas tiga dunum milik dua keluarga Palestin, Abu Taah dan Siam, walaupun keluarga terbabit masih dalam proses rayuan di Mahkamah Agung Zionis.

Keluarga Palestin tersebut bertarung melawan pertubuhan pro penempatan Yahudi itu di mahkamah sejak 18 tahun lalu.

Rejim Zionis mendakwa tanah tersebut adalah milik tentera, tetapi kira-kira lima tahun lalu peguam keluarga Abu Taah membuktikan bahawa ianya tidak pernah dirampas untuk tujuan ketenteraan. Keluarga Abu Taah memiliki dokumen sah sebagai bukti hakmilik ke atas tanah tersebut sejak tahun 1942, namun pihak berkuasa rejim menghalang mereka membina bangunan.

Amana mendakwa mereka membeli tanah tersebut dari ‘Israel’ Land Authority (ILA). Pekerja mereka memasuki kawasan tersebut pada waktu malam, membina pagar dan memulakan pembinaan sejak dua bulan lalu. Mereka merancang untuk membina sebuah ibu pejabat, melibatkan sebuah bangunan empat tingkat yang menempatkan kira-kira 70 ruang pejabat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts