Lebih 1,100 keluarga Gaza masih terpaksa tinggal dalam karavan

 

GAZA, 25 Okt 2016 (Alray) — Selepas rumahnya diranapkan oleh tentera udara Zionis dalam serangan pada tahun 2014 lalu, Abu Muhammad al-Sharif berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan harapan akan menemui tempat berteduh yang tetap untuk tujuh orang ahli keluarganya.

Apabila Abu Muhammad menemui tempat yang agak stabil, dia bagaimanapun terpaksa berpindah lagi samada kerana tidak selesa dengan jirannya, atau kerana kadar sewa naik tinggi sehingga beliau tidak mampu untuk membayar.

“Saya bekerja sebagai seorang mekanik. Apa yang saya dapat setiap bulan tidak dapat menampung keperluan keluarga, saya mendapat 1,000 shekel (RM1,093) dan saya bertanggungjawab ke atas dua keluarga,” kata Abu Muhammad.

Setelah perit berpindah dari satu tempat ke tempat lain, dari satu rumah ke rumah lain, Abu Muhammad dapat akhirnya menempatkan dua keluarganya itu dalam sebuah rumah walaupun masih tidak dapat memenuhi keperluan mereka, dengan harapan keadaan akan menjadi lebih baik.

Beberapa keluarga di wilayah Gaza yang terkepung ini berhadapan dengan bencana kemanusiaan dan ekonomi sejak tahun 2006, terutamanya selepas serangan tentera Zionis pada tahun 2014.

Kerja pembinaan di Gaza hampir terhenti sama sekali kerana masalah kewangan dan kegagalan penderma menunaikan janji mereka untuk membantu. Dalam pada itu, mereka sudah kehabisan bahan binaan terutamanya simen.

Masih banyak keluarga Gaza terpaksa tinggal dalam kemah dan karavan.

Dalam keadaan yang semakin buruk itu, lebih 7,000 keluarga kini tidak lagi menerima elaun bulanan UNRWA bagi tujuan menyewa rumah sejak lima bulan lalu berturut-turut. Manakala 3,000 lagi keluarga sudah menerima elaun sewa bulanan dari UNDP.

Bagi 1,100 keluarga yang terpaksa tinggal dalam karavan, mereka mengalami situasi yang lebih dramatik, antaranya masalah kemurungan dan ketakutan, di samping masalah penyakit kulit, barah, sakit sendi bahkan juga ancaman tikus dan serangga.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts