Lebih 3,000 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa sepanjang bulan Mei

BAITUL MAQDIS, 1 Jun 2017 (PIC) — Laporan yang diterbitkan oleh Quds Press menunjukkan seramai 3,093 pendatang Yahudi telah menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Mei lalu.

Seramai 2,649 pendatang menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu melalui Pintu al-Maghareebah dan berarak di perkarangan masjid dengan dikawal rapi oleh pasukan khas bersenjata Zionis melalui laluan yang telah ditetapkan.

Manakala seramai 387 pelajar Yahudi turut bersama para pendatang menceroboh masuk. Berbeza dengan para pendatang, para pelajar ini dibenarkan bertebaran di perkarangan masjid tanpa dipaksa melalui laluan tertentu.

Quds Press turut menyebut bahawa seramai 56 anggota polis Zionis dan perisikan Shin Bet turut menceroboh masuk, sebahagian daripadanya menggunakan pakaian seragam tentera.

Pada hari mereka menyambut “penyatuan kota al-Quds”, iaitu ulangtahun penjajahan ke atas kota al-Quds Timur, seramai 968 orang pendatang telah menceroboh. Insiden terseut mencatat biangan tertinggi dalam satu hari sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sepanjang lima hari pertama bulan Ramadan, seramai 653 orang pendatang termasuk pelajar Yahudi menceroboh masuk kawasan masjid.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts