Mahkamah Zionis benarkan Yahudi melaung slogan “patriotik” di Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 17 Apr 2018 — Mahkamah Majistret Zionis di Baitulmaqdis semalam memutuskan bahawa kaum Yahudi dibenar melaungkan slogan “patriotik” ketika menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, kerana kononnya laungan seperti itu bukanlah satu elemen keagamaan.

Status quo al-Aqsa tidak membenarkan memasuki tapak suci umat Islam itu untuk melakukan ritual agama. Namun mahkamah tersebut membuat keputusan yang menyebelahi seorang aktivis pelampau Yahudi yang juga seorang peguam, Itamar Ben Gvir.

Ben Gvir ditahan selama beberapa jam pada tahun 2015 kerana melaungkan slogan “Hidup bangsa Israel” dalam bahawa Ibrani ketika berarak di tapak suci umat Islam itu, sebagai membalas slogan “Allahu Akbar” yang dilaungkan oleh para murabitat.

Beliau memfail saman kerana ditangkap oleh pasukan keselamatan dalam insiden tersebut.

Mahkamah Zionis bahkan mempersoal pihak polis kerana tidak mengambil sebarang tindakan ke atas para murabitat yang melaungkan “Allahu Akbar” ketika memprotes pencerobohan Ben Gvir bersama gerombolan Yahudi lain. Pendakwaraya juga cuba memfailkan saman ke atas Jabatan Wakaf atas tuduhan diskrinimasi ke atas kaum Yahudi, namun pihak hakim menolak kes tersebut.

(MEMO)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts