Majlis Guru Besar Terengganu Himpun Pendidik Kongsi Pengalaman Bersama Aktivis LL4G

Majlis Guru Besar Terengganu dengan kerjasama HALUAN Cawangan Terengganu telah berjaya mengadakan Ceramah Perkongsian Pengalaman aktivis Lifeline For Gaza yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang Terengganu.

Majlis dimulakan dengan ucapan.Pengerusi Majlis Guru Besar Terengganu, Tuan Hj Yusuf bin Karim. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa bangganya kerana diantara sukarelawan HALUAN yang terlibat dalam konvoi LL4G adalah seorang pendidik, Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi, Ketua Unit Pendidikan Islam Teras, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang yang juga merupakan Timb. YDP HALUAN Cawangan P.Pinang.
Program dihadiri lebih kurang 250 orang yang terdiri dari pengetua, gurubesar, guru penolong kanan dan guru-guru.

Kehadiran Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi turut diiringi oleh YDP Haluan Terengganu, En.Ishak Yusuf dan Pengerusi HALUANPalestin Terengganu En.Mohd Jamil bin Muda.

Semua hadirin merasa begitu tersentuh dengan perkongsian pengalaman dan berpuas hati dengan penerangan Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi.

Di sebelah malamnya pula, Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi menyampaikan ceramahnya di masjid Felda Jerangau Hulu Terengganu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts