Bekas Menteri Pertahanan Israel menuduh negara haram itu melakukan jenayah perang dan pembersihan etnik di Semenanjung Gaza.
Bekas Jeneral Hawkish, Moshe Yaalon memberitahu media Israel bahawa kabinet kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sedang mencari jalan mengeluarkan rakyat Palestin dari utara Gaza dan mahu menubuhkan semula penempatan Yahudi di sana.
Menurut Yaalon, beliau terpaksa memberi amaran tentang apa yang berlaku di sana dan disembunyikan daripada umum.
Yaalon memberi amaran bahawa Israel berada di persimpangan jalan dengan kerajaan ingin “menakluki, menggabungkan dan melakukan pembersihan etnik”.
Parti Likud pimpinan Netanyahu menuduhnya menyebarkan “pembohongan fitnah”, manakala Menteri Luar Gideon Sa’ar, berkata tuduhannya tidak berasas.