Masjid Al-Aqsa Ditutup Selepas Yehuda Glick Ditembak

glick-1AL-QUDS, 29 Okt 2014 (Ma’an | JerusalemPost) — Aktivis dan pelampau Yahudi, Yehudi Glick, telah ditembak malam tadi di sebuah perhimpunan di luar Menachem Begin Heritage Center di Kota Lama al-Quds. Berikutan kejadian itu Menteri Keselamatan Awam Zionis, Yitzhak Aharonovich, dan Ketua Polis al-Quds, Moshe Edri, mengarahkan Masjid al-Aqsa ditutup sepenuhnya untuk tempoh yang tidak ditetapkan. Langkah keselamatan ditingkatkan di seluruh wilayah negara haram itu kepada tahap kedua tertinggi.

Kenyataan awal polis Zionis menyebut bahawa Glick ditembak dari jarak dekat oleh seorang yang menaiki motosikal. Beliau dikejarkan ke Shaare Zedek Medical Center untuk menjalani pembedahan dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Glick menyertai perhimpuan bersama pemimpin-pemimpin tertinggi dan aktivis puak Yahudi berhaluan kanan setelah selesai satu persidangan mengenai pembinaan kuil Yahudi di kawasan Masjid al-Aqsa.

Ahli parlimen Knesset yang juga seorang pelampau Yahudi, Moshe Feiglin, yang berada di tempat kejadian mendakwa “orang (yang menembak) itu pergi ke arah Glick, mengesahkan (bahawa orang yang didekati itu adalah Glick) dalam bahasa Hebrew dengan dialek Arab pekat, dan menembak beberapa peluru dari jarak dekat.”

Insiden ini dijangka akan mengeruhkan lagi suasana tegang di al-Quds menjelang persidangan Knesset yang akan memutuskan cadangan untuk membahagikan Masjid al-Aqsa di antara Yahudi dan orang Islam, atau menghadkan kemasukan orang Islam ke dalam masjid tersebut.

Yehuda Glick merupakan pengerusi Temple Mount Heritage Fund, satu pertubuhan pelampau Yahudi yang mendakwa bertujuan untuk “mengukuhkan hubungan antara negara Zionis dengan Temple Mount (Masjid al-Aqsa)”.

Rejim Zionis pernah mengharamkan Glick daripada kawasan Masjid al-Aqsa kerana sering melakukan provokasi ketika berada di situ. Beliau kerap membawa pendatang dan pelampau Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa untuk melakukan ritual keagamaan mereka. Pertubuhannya juga menghasut pengikut Yahudi supaya meruntuhkan Masjid al-Aqsa bagi memberi laluan kepada pembinaan kuil Yahudi di situ.

Yehuda Glick (kanan) dalam persidangan berkaitan "Temple Mount" pada 29 Oktober.
Yehuda Glick (kanan) dalam persidangan berkaitan “Temple Mount” pada 29 Oktober.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts