Memperingati 25 tahun perisitiwa pembunuhan di Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 25 Feb 2019 — Kota al-Khalil hari ini memperingati 25 tahun peristiwa hitam pembunuhan jemaah solat Subuh di Masjid Ibrahimi oleh pendatang Yahudi, Barouch Goldstein, pada 25 Februari 1994.

Goldstein, seorang pendatang dari New York yang berhijrah pada tahun 1983, adalah seorang doktor perubatan dalam pasukan tentera Zionis. Beliau tinggal di kawasan penempatan haram ultra-fanatik, Kiryat Arba.

Dalam kejadian pada hari Jumaat 15 Ramadan itu, Goldstein memasuki dewan solat ketika para jemaah sedang sujud dalam mendirikan solat Subuh. Beliau melepaskan tembakan secara rambang menggunakan mesingan yang dikeluarkan oleh tentera Zionis, menyebabkan 29 terkorban di mana lima daripadanya adalah kanak-kanak, dan lebih 125 yang lain tercedera.

Mengeruhkan lagi keadaan, tentera Zionis yang berada di kawasan masjid menutup semua pintu masjid dan menghalang jemaah menyelamatkan diri. Mereka juga menghalang penduduk Palestin masuk ke dalam masjid untuk membantu mangsa.

Penduduk yang terdesak untuk masuk membantu mangsa terpaksa bertempur dengan tentera Zionis, menyebabkan ramai lagi yang terkorban dan tercedera.

Pertempuran kemudian tercetus lagi selepas upacara pengkebumian, menjadi jumlah mereka yang terkorban seramai 50 orang. Pertempuran merebak ke kawasan-kawasan lain di Tebing Barat, menjadikan mangsa terbunuh lebih 60 orang dan lebih 800 orang tercedera.

Susulan peristiwa hitam itu, rejim Zionis menutuskan untuk menghukum penduduk Palestin dengan menutup Kota Lama al-Khalil selama enam bulan.

Jawatankuasa khusus yang semuanya dianggotai oleh orang Yahudi dibentuk untuk menyiasat kejadian. Peliknya mereka tidak menghukum pendatang Yahudi, bahkan memutuskan untuk membahagi Masjid Ibrahimi di antara orang Islam dan penganut Yahudi.

Mereka juga menutup beberapa batang jalan di al-Khalil kepada penduduk Palestin, termasuk Jalan Shuhada yang masih ditutup hingga ke hari ini. Sekatan-sekatan tentera dibina bagi menyekat laluan penduduk Palestin, sedangkan pendatang Yahudi bebas bergerak tanpa sebarang kekangan.

Bagi orang Yahudi, Goldstein adalah seorang pejuang telah yang mengorbankan diri untuk Yahudi, Taurat dan “bangsa Israel”. Kubur beliau di Meir Kahane Memorial Park di Kiryat Arba menjadi tapak kunjungan tahunan pelampau-pelampau Yahudi.

(Elfalasteen)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts