Memperingati peristiwa Naksa 1967

LONDON, 6 Jun 2017 (MEMO) — Pada bulan ini lima puluh tahun lalu, rejim Zionis melancarkan serangan ke atas negara-negara berjiran dan mengawal sepenuhnya sebahagian daripada wilayah Palestin yang gagal dijajah dalam peperangan 1948.

Peristiwa: Naksa Palestin (“Kekalahan/Undur”) [Perpindahan kali kedua bangsa Palestin setelah dikalahkan dalam Perang Enam Hari 1967. Perpindahan pertama kali dikenali sebagai Nakba, berikutan Perang 1948]
Tarikh: 5 Jun 1967
Tempat: Palestin

Apa yang telah berlaku?
Pada 5 Jun 1957, tentera Zionis melancarkan serangan awal ke atas negara Mesir, Jordan, Iraq dan Syria. Setelah memusnahkan kekuatan pertahanan udara negara-negara tersebut, mereka menjajah al-Quds Timur, Tebing Barat dan Gaza, serta Bukit Golan di wilayah Syria dan Semenanjung Sinai di Mesir. Dengan itu, rejim Zionis mengawal baki 22% wilayah asal Palestin yang gagal mereka jajah pada tahun 1948.

Hampir 400,000 penduduk Palestin mengikuti nasib ratusan ribu pelarian Palestin yang dihalau pada tahun 1948, dan rumah serta perkampungan mereka dimusnahkan oleh kaum Yahudi. Hampir separuh daripada mereka menjadi pelarian kali kedua dalam tempoh kurang dari 20 tahun. Berlakulah kempen pembersihan kaum ke atas penduduk Palestin (hingga ke hari ini).

Bilangan pelarian Palestin di kem-kem yang diselia oleh Agensi Bantuan dan Kerja Raya PBB (UNRWA) Tebing Barat, Gaza, Jordan, Syria dan Lubanan semakin meningkat.

Naksa memperingati peristiwa tragis ini, di tengah perjuangan penduduk Palesitn untuk meraih kebebasan dan kedaulatan.

Apa terjadi kemudiaannya?
Bagi kaum Yahudi dan penyokong mereka, kemenangan mereka adalah satu kesaksian daripada janji Tuhan. Ia berjaya menambah 44% daripada wilayah yang diperuntukan oleh PBB untuk negara Palestin ke dalam 56% yang diberikan untuk menubuh sebuah negara Yahudi, sekaligus menandakan permulaan kepada kedua-dua negara; sebuah negara Zionis untuk kaum Yahudi dan sebuah lagi negara untuk penduduk asal Palestin yang “tidak lagi bernegara”.

Dalam tempoh 20 tahun diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka, “Israel” memulakan satu penjajahan yang paling lama dalam sejarah moden, menjangkau sehingga 50 tahun dan masih berterusan. Penduduk Palestin di dalam “wilayah-wilayah Palestin yang terjajah” terpaksa melalui kehidupan di bawah penjajahan tentera yang brutal, di samping kejahatan puak pelampau pendatang Yahudi bersenjata yang percaya bahawa kemenangan “Israel” adalah urusan Tuhan dan sebuah kebenaran, atau lesen, bagi mereka menduduki negara yang mereka dakwa telah dijanjikan hanya sanya untuk mereka.

Penduduk Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis dalam negara haram yang tidak bergaris sempadan itu dihalau ke Tebing Barat dan Gaza. Kemudian muncul pula jaringan sistem kawalan dan penguasaan, termasuk dalam bentuk sekatan jalan, sistem permit dan pemusnahan rumah, dikenakan ke atas kehidupan seharian jutaan penduduk Palestin yang dijajah.

Bagi penduduk Palestin, kombinasi kekalahan Arab dalam Perang Enam Hari, kegagalan demi kegagalan masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan has asasi mereka, dan penjajahan mutlak rejim Zionis ke atas mereka, mencetus usaha menilai semula nasib mereka secara serius. Dengan menyaksikan kebergantungan kepada pihak lain dalam menghentikan penghinaan ke atas mereka sejak berdekad sebagai suatu yang sia-sia, mereka mula menyusun gerakan politik untuk pulih dari kekalahan 1948 dan menghentikan penderitaan dan kehidupan tanpa negara.

Beberapa tahun selepas peristiwa Naksa, masyarakat Palestin di kem-kem pelarian dan diaspora mula menyusun diri secara politik dan kesatuan. Beberapa kekurangan yang ada dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tidak sekali-kali melemahkan mereka. Aktiviti kesatuan juga telah menjurus kepada pembentukan Pergerakan Hamas pada akhir tahun 80-an; perjuangan massa yang dikenali sebagai Intifadah Pertama; dan PLO yang dikawal oleh pergerakan Fatah diiktiraf oleh rejim Zionis sebagai sekutunya dan “satu-satunya wakil rasmi bangsa Palestin”. Fasa politik ini berakhir dengan Perjanjian Oslo pada tahun 1994, dengan menjanjikan kebebasan sementara untuk mengurus pemerintahan sendiri di Tebing Barat dan Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts