Memperingati Tragedi Pembunuhan di Deir Yassin

BANDAR BARU BANGI, 9 Apr 2013 — Enam puluh lima tahun yang lalu, kumpulan pengganas Yahudi iaitu Irgun, Stern Gang dan Haganah telah melancar serangan yang digelar Operation Unity ke atas Deir Yassin, sebuah perkampungan Palestin yang diduduki oleh seramai kira-kira 750 orang.

Dalam kegelapan malam itu, 55 kanak-kanak yang masih hidup telah dimuatkan ke dalam lori dan dibuang ke dalam satu lorong di Jerusalem. Kira-kira 600 buah kampung lain yang berdekatan turut diranapkan dan dihapuskan buat selama-lamanya. Zionis menukar nama Kampung Deir Yassin kepada Kfar Shaul, dan membawa masuk mangsa Holocaust ke dalam rumah-rumah yang tidak dimusnahkan, lalu membina satu tapak yang memberi gambaran sepenuhnya tentang Holocaust, tempat yang baru-baru ini dikunjungi oleh Barack Obama.

Perkampungan Deir Yassin kini tidak lagi wujud dan digantikan dengan perkampungan Yahudi yang kononnya merupakan mangsa Holocaust dari Poland, Romanani dan Slovakia, dilengkapi dengan pembinaan Taman Peringatan Holocaust.
Perkampungan Deir Yassin kini tidak lagi wujud dan digantikan dengan perkampungan Yahudi yang kononnya merupakan mangsa Holocaust dari Poland, Romanani dan Slovakia, dilengkapi dengan pembinaan Taman Peringatan Holocaust.

Seramai 112 kanak-kanak perempuan dan lelaki tua telah disembelih kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut. Menambahkan lagi penghinaan kepada kematian dan kecederaan warga Deir Yassin, mereka yang terselamat telah ditelanjangkan, dimuatkan di atas lori, kemudian diarak melalui kawasan kejiranan Yahudi di Jerusalem, dihalau keluar dari bandar itu, dan sebahagiannya ditembak mati.

Banyak sumber yang memberi gambaran kejadian dan statistik korban yang agak berbeza. Kebanyakan sumber menyebut jumlah warga Palestin yang terkorban mencecah 254 orang, termasuk 25 wanita hamil dan 52 orang kanak-kanak. Sementara sumber lainnya menyebut angka kematian adalah seramai 120 orang. Ada juga yang berpendapat bahawa angka korban sengaja dibesar-besarkan oleh pengganas Yahudi untuk menyebarkan ketakutan di kalangan rakyat Palestin yang masih kekal. Ini adalah kerana Operation Unity di Deir Yassin bertujuan untuk memaksa para penduduk Palestin lari meninggalkan kampung halaman mereka.

Deir Yassin merupakan sebuah kampung yang terletak di luar kawasan yang akan diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk “Negara Yahudi”. Kampung ini mempunyai reputasi sebagai satu kawasan yang aman dan meliputi kawasan tanah tinggi di koridor antara Tel Aviv dan Jerusalem. Bahkan kawasan ini telah dirancang untuk diduduki oleh Yahudi di bawah Plan Dalet.

Pada awal pagi Jumaat 9 April 1948 ketika penduduk masih tidur, komando daripada kumpulan Irgun yang diketuai oleh Menachem Begin dan Stern Gang telah memasuki perkampungan Deir Yassin. Para penduduk terkejut dari tidur apabila terdengar arahan melalui pembesar suara supaya meninggalkan rumah dan kampung mereka.

Beberapa warga keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku, dan itulah ketikanya pembunuhan bermula. Pengganas Irgun menyerang dari arah tenggara, Stern Gang menyerbu dari arah timur manakala Haganah menyerang Deir Yassin dengan menggunakan mortar.

Penduduk bertarung dengan gagah berani menghalang kemasukan pengganas, namun mereka tidak dapat bertahan menghadapi tiga gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata itu. Pengganas Yahudi menembak setiap penduduk kampung yang cuba melarikan diri. Mereka kemudiannya memasuki rumah ke rumah untuk memperkosa para wanita, membunuh anak-anak dan semua orang yang ada di dalam rumah dengan pistol dan pisau.

Ada juga kejadian di mana seluruh ahli keluarga dipaksa berbaris di dinding, kemudian dibunuh. Wanita-wanita hamil dibunuh, tubuh anak-anak dimutilasi. Wang dan perhiasan diambil dari tubuh mangsa dan barang-barang lainnya dicuri sebelum rumah mereka dibakar. Dari 144 rumah di Deir Yassin, sekitar 15 rumah diletupkan di hadapan mata penghuninya.

Menachem Begin (kiri), ketua kumpulan pengganas Irgun dan perancang tragedi Deir Yassin yang kemudiannya diangkat menjadi Perdana Menteri negara haram Israel dan dijulang dengan hadiah nobel untuk keamanan dunia. Manakala pemimpin Stern Gang, Yitzhak Shamir (kanan), telah menggantikan Begin sebagai Perdana Menteri pada awal tahun 80-an.
Menachem Begin (kiri), ketua kumpulan pengganas Irgun dan perancang tragedi Deir Yassin yang kemudiannya diangkat menjadi Perdana Menteri negara haram Israel dan dijulang dengan hadiah nobel untuk keamanan dunia. Manakala pemimpin Stern Gang, Yitzhak Shamir (kanan), telah menggantikan Begin sebagai Perdana Menteri pada awal tahun 80-an.

Deir Yassin adalah kenangan pedih atas penderitaan, perjuangan dan pembunuhan terancang terhadap rakyat Palestin sejak 65 tahun lalu yang berlanjutan hingga sekarang. Menachem Begin dengan megah pernah mengungkapkan dalam bukunya The Revolt bahawa “tanpa Deir Yassin tidak ada negara Israel.”

Marilah kita memperingati ulang tahun tragedi pembunuhan Deir Yassin dengan memperbaharui tekad dan komitmen untuk membela rakyat Palestin dan berjuang membebaskan seluruh bumi Palestin yang terjajah. Satu-satunya jalan untuk menyembuhkan luka Deir Yassin adalah dengan kembali berpegang teguh dan beramal dengan ajaran Islam yang benar, seterusnya berjuang dengan ikhlas untuk mengembalikan maruah umat Islam di Palestin dan seluruh bumi Islam yang dinodai. Hanya keadilan Islam yang akan mampu membawa keamanan dan keharmonian menyeluruh untuk semua generasi manusia.

Keadaan di perkampungan Deir Yassin dalam tahun 30-an.
Keadaan di perkampungan Deir Yassin dalam tahun 30-an.
Sebahagian daripada mayat-mayat mangsa dalam pembunuhan di Deir Yassin.
Sebahagian daripada mayat-mayat mangsa dalam pembunuhan di Deir Yassin.
Keadaan di Deir Yassin selepas serangan.
Keadaan di Deir Yassin selepas serangan.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts