Menteri Zionis ceroboh masuk Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 16 Jun 2018 — Menteri Perkhidmatan Agama Zionis, David Azulai, menceroboh masuk Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil dengan diiring dan dikawal ketat oleh pasukan tentera tengahari semalam.

Tindakan yang menghasut itu merupakan sebahagian daripada cubaan mereka untuk mengawal Masjid Ibrahimi sepenuhnya. Pencabulan oleh rejim Zionis dan pendatang Yahudi semakin ketara selepas berakhir bulan Ramadan baru lalu.

Masjid Ibrahimi yang tersenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO telah dipisahkan kepada dua bahagian di antara kaum Yahudi dan umat Islam, selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai jemaah solat Subuh di situ pada bulan Ramadan 1414H (1994).

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts