Mesir kaji buka konsulat di Gaza

Menteri Luar Negeri dan Perancangan di Gaza, Mohammad Awad menyatakan bahawa kepimpinan kerajaan peralihan di Mesir sedang membuat kajian mendalam bagi melihat kemungkinan membuka sebuah konsulat di Gaza City. Menurut laporan yang disiarkan oleh agensi berita Ma’an, pembukaan konsulat itu adalah penting bagi memudahkan komunikasi antara Mesir dan pegawai-pegawai Gaza.

Dalam perjanjian konsiliasi antara puak Hamas dan Fatah baru-baru ini, pihak Mesir telah berjanji untuk mengawasi perlaksanaan perjanjian tersebut. Dengan itu, kewujudan sebuah pejabat di Gaza adalah sangat penting. Dengan adanya sebuah pejabat tersebut, ia akan dapat membantu komunikasi secara licin antara pemimpin Palestin dan puak-puak di Gaza.

Dalam kenyataannya kepada wartawan di Rafah, Mohammad Awad berkata keputusan membuka pejabat di Gaza akan memberi kesan positif terhadap pembukaan pintu masuk sempadan di Rafah. “Mesir bukanlah pihak yang melakukan perjanjian 2005,” katanya lagi, merujuk kepada satu set prosedur yang telah dirundingkan antara Eropah, Pihak Berkuasa Palestin dan Israel enam tahun dahulu. Perjanian itu meletakkan konsep-konsep bagi perlaksanaan pembinaan semula Gaza.

Beliau turut berharap agar pembukaan pejabat Mesir di Gaza akan meningkatkan kerjasama ekonomi antara Mesir dan Gaza.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts