Mesir tolak cadangan PBB supaya pintu Rafah dibuka kekal

NEW YORK, 12 mei 2016 (PIC) — Menteri Luar Mesir Sameh Shokri menolak keras seruan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon supaya pintu lintasan sempadan di Rafah dibuka secara kekal.

Dalam kenyataan media beliau di New York, Sameh mendakwa rejim Zionis sebagai pihak utama yang bertanggungjawab ke atas kemasukan bantuan kemanusiaan dan barangan komersial untuk penduduk Gaza. Mesir akan hanya membuka pintu lintasan Rafah sekiranya bantuan kemanusiaan yang meruncing diperlukan.

Ban Ki-moon sebelum ini menyeru rejim Zionis dan Mesir membenarkan pergerakan keluar-masuk bebas bagi barangan dan penduduk Gaza, dan beliau ingin melihat semua lintasan sempadan Gaza dibuka sepenuhnya.

Pihak berkuasa Mesir petang semalam menutup pintu lintasan di Rafah, iaitu pada hari yang sama mereka mengumumkan pembukaan pintu sempadan itu untuk tempoh dua hari.

Bermula jam 10:00 pagi ini, pihak Mesir bagaimanapun membuka semula pintu lintasan.

Lebih 30,000 penduduk Gaza berdaftar dan masih menunggu kebenaran untuk keluar dari wilayah yang terkepung itu, di mana 9,500 daripadanya adalah pesakit yang memerlukan rawatan dan 2,700 lagi pelajar yang perlu melanjutkan pelajaran di luar negara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts