Mivtza Oferet Yetzuka (Bahagian 2)

Dalam episod pertama, telah diterangkan bahawa genjatan senjata antara rejim pengganas Israel dan Hamas telah menyaksikan bahawa pihak rejim pengganas Israel telah melanggar syarat-syarat genjatan ini dengan menyerang orang awam beberapa jam sejurus genjatan berlangsung.

Seterusnya pihak rejim pengganas Israel telah menghantar jentolak dan kereta-kereta tank mereka ke sempadan gaza pada 4 November 2008 dengan alasan untuk memusnahkan terowong-terowong bawah tanah. Selain dari itu mereka telah meningkatkan sekatan di sempadan Gaza. Beberapa siri pertembungan senjata di antara kedua-dua pihak berlaku sehinggalah kemuncaknya pada 27 Disember 2008.

Pihak Hamas akhirnya mengulas bahawa genjatan senjata ini tidak akan berjaya kerana pihak rejim pengganas Israel tidak menunjukkan komitmen  langsung dalam mematuhi syarat-syarat genjatan.

Pihak rejim pengganas Israel telah memulakan provokasi-provokasi di sempadan dan kemuncaknya adalah dengan pelancaran Mivtza Oferet Yetzuka yang dimulai dengan serangan udara ke atas Gaza. Keganasan Operasi ketenteraan Israel ini telah memusnahkan beribu-ribu buah rumah, 15 dari 27 buah hospital di Gaza, 43 dari 110 buah kemudahan pusat kesihatan, 800 buah telaga air, 186 buah rumah hijau, hampir kesemua 10,000 ribu ladang keluarga Palestin, 50,000 orang kehilangan  rumah kediaman,  400,000- 500,000 penduduk tanpa bekalan air bersih, 1 juta orang tanpa bekalan elektrik dan keputusan bekalan makanan.

Berikutan dengan ketidakpatuhan rejim pengganas Israel dalam genjatan sejata dan kebiadapan mereka menyerang dan membunuh setiap lapisan rakyat Gaza tidak mengira usia dan profesion mereka maka sayap ketenteraan Hamas, Briged Izzuddin Al Qasam beserta sayap ketenteraan parti Palestin yang lain telah meningkatkan serangan balas roket dan mortar ke wilayah haram Israel. Serangan roket dan mortar ini telah sampai ke bandar utama wilayah haram Israel iaitu Beersheba dan Ashdod buat pertama kalinya. Ianya telah mengenai penempatan haram Israel yang terdiri dari rumah orang awam, sekolah dan tadika. Berita ini didapati dari sumber yang perlu di siasat kesahihannya kerana ianya bermaksud meraih simpati antarabangsa kepada wilayah haram Israel.

Tidak akan sama beberapa kerat sekolah dan tadika Israel haram yang dikatakan dibedil dengan roket pejuang-pejuang Palestin dengan beribu-ribu kanak-kanak, sekolah-sekolah, tadika-tadika dan universiti-universiti serta rumah-rumah orang Palestin yang dihancurkan dan dibunuh oleh pengganas antarabangsa Israel. Kemelut media kini adalah berasaskan oleh lapuran-lapuran palsu oleh wartawan-wartawan yang kebanyakannya berpusat di Amerika Syarikat. Wartawan-wartawan ini sering memanipulasikan ayat dan fakta dengan maksud memuaskan hati Amerika dan Israel serta secara tidak langsung menipu seluruh manusia di dunia ini.

Serangan pihak pengganas Israel ini dilancarkan juga melalui jalan darat yang bermula pada 3 Januari 2008 dan berakhir pada 18 Januari 2008 dan pengunduran tentera secara total adalah pada 21 Januari 2008.

Dianggarkan 1166-1417 rakyat Palestin terbunuh dan hanya 13 orang Israel kehilangan nyawa dan beribu-ribu lagi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal. Lapuran dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengatakan seramai 12 orang rakyat Palestin terbunuh dan 27 lagi cedera akibat dari bahan letupan tentera pengganas Israel yang meletup selepas berakhirnya keganasan ketenteraan Israel ke atas Gaza.

Tulisan Dr Kursiah Mohd Razali. (HALUANPalestin)

*(Link Bahagian 1)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts