AL-QUDS, 26 Sep 2016(IMEMC) — Pihak berkuasa penjara Zionis memutuskan untuk memindah tahanan Mohammad Balboul dari Hospital Wolfson ke klinik di penjara Ramla walaupun beliau masih memerlukan rawatan profesional atas komplikasi berikutan mogok lapar selama 78 hari.
Klinik di penjara Ramla tidak mempunyai doktor pakar dan peralatan asas untuk merawat tahanan, dan terkenal dengan polisi membiarkan para tahanan menderita tanpa rawatan sepatutnya, sebaliknya hanya memberi ubat tahan sakit walaupun tahanan menghidap penyakit serius seperti barah.
Dalam perkembangan berkaitan, tahanan mogok lapar Malek al-Qadi yang dibebaskan semalam telah dipindahkan ke Hospital Istishari di Ramallah.
Rejim Zionis bersetuju untuk membebaskan dua beradik Muhammad dan Mahmoud Balboul pada 8 Disember.