Muhammad al-Qeeq teruskan mogok lapar, jatuh pengsan

AL-KHALIL, 11 Jan 2016 (IMEMC) — Jurnalis Muhammad al-Qeed dilaporkan jatuh pengsan menjelang hari ke-48 melalui mogok lapar dalam penjara Zionis.

Beliau yang kini dimasukkan ke Pusat Rawatan Emek di Afula dipaksa mengambil contoh darah, sebagai langkah permulaan rejim penjajah untuk memaksa beliau makan.

Pada hari ke-enam melancarkan mogok lapar, Muhammad tidak mampu untuk bertutur atau berjalan, dan mula muntah serta kencing berdarah. Bahkan beliau kini tidak begitu mampu untuk berkomunikasi walaupun secara isyarat.

Beliau yang kini kehilangan berat sebanyak 22kg masih digari kedua-dua belah kaki dan sebelah tangannya ke katil pada setiap masa.

Muhammad berasal dari perkampungan Dura di al-Khalil dan bekerja sebagai pemberita saluran Almajd, iaitu sebuah agensi berita Saudi. Beliau ditangkap 21 November lalu apabila tentera Zionis meletupkan pintu masuk rumahnya dan menangkap serta membawa beliau ke pusat tanahan Kishon. Beliau melancarkan mogok lapar sebagai membantah tahanan tanpa pengadilan atau pendakwaan ke atasnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts