Muslimah Palestin ditangkap kerana “tinggal di Baitulmaqdis secara haram”

BAITULMAQDIS, 24 Julai 2018 — Polis penjajah Zionis hari ini menangkap Ibtisam Obied, 35, dari rumahnya di kejiranan al-Issawiya di timur laut Baitulmaqdis atas tuduhan menetap di kota suci itu secara haram.

Pasukan tentera menyerbu kawasan kejiranan tersebut selepas tengah malam Selasa, kemudian mengepung rumah Ibtisam, memecah masuk serta menyerang suaminya Wasim Nayif Obied sebelum menangkap mereka.

Mereka dibawa ke stesen polis Salah al-Din untuk disoal siasat. Wasim dibebaskan selepas beberapa jam, namun isterinya dibawa ke penjara Ofer di Ramallah atas tuduhan memasuki dan menetap di Baitulmaqdis secara haram.

Sebelum ini, Ibtisam pernah dihalau keluar dari Baitulmaqdis pada bulan Mac 2017.

Pasangan tersebut berkahwin sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga orang anak. Ibtisam telah cuba memohon kad pengenalan “Israel” atau permit sementara yang boleh diperbaharui setiap enam atau 12 bulan, tetapi ditolak oleh rejim Zionis atas alasan keselamatan.

Pemegang kad pengenalan Palestin yang tinggal atau bekerja di Baitulmaqdis sering ditekan dan diburu oleh polis Zionis. Penduduk Palestin yang memegang kad pengenalan “Israel” juga mengalami nasib yang sama.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts