Negara-negara Asia lancar konvoi memperingati serangan ke atas Gaza

Selepas usaha menghentikan embargo kejam Zionis IsraelĀ terhadap Gaza sebelum ini kebanyakannya dilakukan dari negara-negara Eropah dan Afrika Utara, kini usaha yang sama akan digerakkan daripada negara-negara Asia pula. Seramai 500 orang aktivis kemanusiaan daripada 17 buah negara Asia melancarkan satu usaha baru bagi menghentikan sekatan tersebut, demikian menurut kenyataan Insai Yardem Vakfi (IHH) Turki.

IHH, penggerak utama konvoi kemanusiaan ke Gaza yang telah diserang tentera laut Israel pada akhir bulan Mei lalu dalam kenyataannya menyebut, “konvoi ini akan berlepas daripada New Delhi, India pada 2 Disember 2010. Mereka dijangka tiba di Gaza pada 27 Disember, hari ulangtahun serangan brutal Zionis ke atas Gaza.”

Israel kini berhadapan dengan satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuduh rejim tersebut melakukan jenayah perang dalam peristiwa serangan ke atas Gaza yang telah mengorbankan seramai 1500 rakyat Palestin, di mana satu pertiga daripada mangsa-mangsa itu adalah wanita dan kanak-kanak.

Konvoi Asia ini akan menjelajah negara India, Pakistan, Iran, Turki, Syria, Lubnan dan Jordan sebelum memasuki Gaza. Mereka akan memasuki Syria melalui jalan darat dan kemudian menuju ke Gaza melalui jalan laut. Dengan demikian, mereka akan berusaha memecah sekatan jalan laut rejim Zionis.

Aktivis-aktivis kemanusiaan daripada India, Pakistan, Indonesia, Jepun, Malaysia, Afghanistan, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Iran, Iraq, Turki, Syrial, Mesir, Palestin, Jordan dan Lubnan akan menyertai konvoi ini. Dijangkakan lebih ramai aktivis lain akan menyertai konvoi ini apabila mereka menjelajah melalui negara-negara berkenaan.

Konvoi ini akan bergerak membawa slogan “rakyat Asia bersama-sama dengan rakyat Palestin.” Selain daripada membawa lori-lori dengan muatan barangan bantuan kemanusiaan, mereka juga akan membawa bersama beberapa buah bas sekolah.

Perhimpunan besar-besaran juga dirancang untuk diadakan di setiap negara yang dilalui. IHH akan menjadi tuan rumah di Turki. Menurut Presiden IHH, Bulent Yildirim, mereka akan terus memberi sokongan kepada semua usaha masyarakat awam untuk meruntuhkan embargo yang dikenakan ke atas rakyat Palestin. (mn/WorldBulletin)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts