Netanyahu akan anjur seminar sejarah Yahudi untuk pegawai PBB

BEIT LAHM, 6 Mei 2016 (Maan) — Pemimpin rejim Zionis Benjamin Netanyahu hari mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan satu seminar pendidikan tentang sejarah Yahudi kepada pegawai PBB, sebagai tindakan terhadap keputusan UNESCO yang menafikan kaitan Yahudi dengan Masjid al-Aqsa dan mengecam pencabulan ke atas masjid suci itu.

Menurut beliau, seminar tersebut akan dipimpin oleh “sejarawan Yahudi tersohor” dan diberikan secara percuma kepada staf dan diplomat PBB, termasuk negara yang menyokong resolusi UNESCO itu.

Deraf keputusan UNESCO yang diterbitkan pada 11 April lalu merujuk kawasan Masjid al-Aqsa sebagai “tapak suci untuk orang Islam dan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia,” dengan menafikan kaitan Yahudi ke atas┬átapak tersebut.

UNESCO turut mengecam rejim penjajah yang menghalang orang Islam masuk ke masjid suci itu serta membenarkan pelampau Yahudi menceroboh masuk, dan mendesak pihak rejim supaya mengekalkan status quo yang meletakkan kerajaan Jordan sebagai pihak yang berkuasa secara eksklusif ke atas tapak tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts