PA ugut tamatkan kontrak Syarikat Elektrik Gaza

GAZA, 21 Jun 2017 (PIC) — Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengugut untuk menamatkan kontrak dengan Syarikat Elektrik Palestin di Gaza sekiranya mereka menghidupkan semula operasi stesen janakuasanya setelah terhenti sejak lebih dua bulan lalu akibat kehabisan minyak.

Rabu lalu, pihak berkuasa Mesir buat pertama kali membenarkan satu juta liter minyak disel dibawa masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.

Rejim Zionis melalui arahan PA telah mengurangkan saliran bekalan elektrik ke Gaza sejak dua hari lalu, sehingga penduduk wilayah terkepung itu hanya mendapat bekalan selam dua hingga tiga jam sehari. Penganalisa menjangkakan pengurangan itu akan mencecah sehingga 40% beberapa hari akan datang.

Syarikat Elektrik Palestin yang ditubuhkan pada tahun 1999 telah menandatangani kontrak 20 tahun, menjadi satu-satunya syarikat yang membekalkan kuasa elektrik di Gaza. Kontrak menetapkan bahawa syarikat tersebut menerima bayaran kira-kira dua juta dollar sebulan dan PA bertanggungjawab membekalkan minyak. Syarikat yang turut mempuyai saham pelaburan dari Amerika dan rejim Zionis itu dikuasai oleh beberapa pemimpin PA dan pergerakan Fatah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts