BAITULMAQDIS, 20 Nov 2018 — Parlimen Zionis malam tadi meluluskan rang undang-undang yang akan membenarkan perluasan kawasan satu-satunya penempatan haram Yahudi di kejiranan Silwan, di selatan Masjid al-Aqsa.
Undang-undang tersebut membolehkan pembinaan rumah-rumah baharu sehingga ke dalam kawasan yang baru-baru ini diisytiharkan sebagai “Taman Negara King David”. Ia mendapat undian menyokong sebanyak 63 berbanding 41 undi bantahan.
Di awal perancangannya, taman tersebut tidak melibatkan sebarang pembinaan rumah kediaman.
Undang-undang antarabangsa menganggap Baitulmaqdis dan seluruh wilayah Tebing Barat sebagai wilayah yang diduduki, dan semua penempatan Yahudi adalah haram.
(PIC, IMEMC)