Pejabat al-Jazeera diserbu, operasi diarah tutup selama 45 hari

Regim menyerbu pejabat al-Jazeera di Ramallah dengan mengarahkan penutupan operasi selama 45 hari. Ketika operasi poster Shireen Abu Akleh dimusnahkan.

Ketua Biro al-Jazeera, Walid Omari di Tebing Barat tidak tahu apa punca penutupan melainkan perintah mahkamah sahaja.

Minggu lepas, kerajaan regim mengumumkan akan menarik balik akreditasi media al-Jazeera di Israel.

Walid Omari percaya penutupan ini adalah langkah regim untuk mendiamkan kezaliman zionis terhadap rakyat Palestin.

Tentera penjajah berulang kali menuduh al-Jazeera adalah ejen khas kepada HAMAS dan sekutunya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts