Pejabat PM Israel Terkejut Terima Permintaan US Agar Hentikan Pembangunan di Gilo

Sumber-sumber Israel melaporkan pada hari Selasa (17/11) bahawa Amerika Syarikat menuntut Israel menghentikan pembangunan pemukiman di Gilo, yang dibina di atas tanah Palestin di antara Baitulmuqaddis dan Betlehem.

Israel menganggap Gilo sebagai sebuah bandar di wilayah Baitulmuqaddis yang lebih besar, dan saat ini mereka sibuk untuk mengembangkannya.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, terkejut untuk menerima permintaan Amerika bagi menghentikan pembangunan di Gilo.

Akhbar Israel, Yedioth Ahartonoth melaporkan bahawa Utusan Timur Tengah AS, George Mitchell, mengemukakan isu tersebut semasa pertemuan dengan Yitzhak Molcho, penasihat Perdana Menteri Israel, Benjamin, Netanyahu.

Menurut akhbar itu lagi, Mitchell telah memberitahu kepada Molcho bahawa Amerika Syarikat telah dimaklumi bahawa sebuah Kotamadya Baitulmuqaddis telah diluluskan rancangan pembangunannya di Gilo, dan isu ini boleh menghambat atau bahkan menggagalkan usaha untuk meneruskan perundingan perdamaian dengan Palestin.

Sementara itu, pejabat Benjamin Netanyahu mendakwa bahawa Gilo adalah sebahagian daripada Baitulmuqaddis, dan bahawa tidak ada perbezaan antara membina di Baitulmuqaddis atau di Tel Aviv.

Apakah ini satu lagi sandiwara Amerika-Israel yang tidak pernah henti sedangkan pada hakikatnya Israel terus bermaharajalela meroboh dan menduduki tanah Palestin secara haram. IMMEC/HP

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts