Pemimpin Zionis ugut roboh rumah penduduk Palestin yang terlibat cetus kebakaran

AL-QUDS, 27 Nov 2016 (PIC) — Pemimpin tertinggi Zionis terus mencetus hasutan murahan ke atas penduduk Palestin dengan menuduh mereka sebagai dalang yang menyebabkan kebakaran besar.

Menteri Keselamatan Awam Zionis, Gilad Erdan, mengugut untuk merobohkan rumah penduduk Palestin yang dibuktikan terlibat menyebakan bencana tersebut. Beliau turut menyebut bahawa pihak rejim akan mengambil langkah mengenakan hukuman lebih berat ke atas pengkhianat, dengan menggubal undang-undang baharu.

Manakala Menteri Pelajaran Zionis, Naftali Bennet, dalam kunjungan beliau ke kawasan penempatan haram Halamish yang terbakar teruk menyebut pihak rejim akan bertindak balas ke atas kerosakan yang dialami dengan membina lebih banyak rumah yang bersaiz lebih besar untuk pendatang Yahudi.

Manakala Menteri Kebudayaan dan Sukan Zionis, Miri Regev, mendesak supaya mereka yang bertanggunjawab ke atas kebakaran tersebut dilucutkan kewarganegaraan, dengan merujuk kepada penduduk Palestin yang tinggal dalam wilayah Jajahan 1948 dan memegang pengenalan “Israel.”

Makakala ketua pakatan pemerintahan Zionis, David Bitan, mendakwa kebakaran tersebut membawa ancaman lebih besar daripada serangan pisau [Intifadah al-Quds] dan ia bukan berpunca daripada undang-undang larangan azan tetapi keraka gelombang hasutan dan kebencian terhadap apa-apa yang terkait dengan Yahudi.

Dalam pada itu, polis Zionis akan melanjutkan tahanan ke atas 35 penduduk Palestin yang menjadi suspek pencetus kebakaran besar sepanjang lima hari lalu. Beberapa yang lain ditangkap atas tuduhan menyuarakan rasa gembira dengan bencana tersebut melalui laman-laman sosial mereka.

Pihak berkuasa Zionis hari ini mengumumkan kebakaran telah berjaya dipadam sepenuhnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts