Pemuda al-Quds dipenjara atas arahan Menteri Perang Zionis

AL-QUDS, 2 Ogos 2017 — Polis penjajah Zionis semalam menangkap pemuda Palestin Rani Orabi selepas mendapat arahan dari Menteri Perang Avigdor Lieberman pada hari yang sama, kemudian mengurung beliau dalam penjara bagi menjalani hukuman tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan selama empat bulan.

Pemuda yang berasal dari Kota Lama al-Quds itu pernah ditahan minggu lalu, dan dibebaskan pada hari Isnin.

Tahanan pentadbiran membenarkan rejim Zionis menahan penduduk Palestin selama enam bulan, di mana tempoh tersebut boleh diperbaharui tanpa had, hanya dengan berdasarkan bukti rahsia tanpa mengenakan sebarang pendakwaan atau perbicaraan ke atas mangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts