RAMALLAH, 19 Ogos 2018 — Gerombolan pendatang Yahudi yang dilindungi oleh pasukan tentera Zionis menyerbu masuk perkampungan Ras Karkar di wilayah Ramallah, dan membajak kebun milik penduduk Palestin.
Penduduk Palestin cuba menghalang tindakan tersebut, sehingga mencetus pertempuran dengan pasukan tentera. Penduduk enggan meninggalkan tanah mereka, sehingga akhirnya berjaya menghalang pendatang Yahudi meneruskan rancangan mereka.
(Maan)