Pendatang Yahudi Bakar Masjid, Tentera Serang Penduduk di Tebing Barat

aqraba-01TEBING BARAT, 14 Okt 2014 (PIC | MEMO) — Pendatang Yahudi membakar Masjid Abu Bakr di pekan Aqaba di selatan Nablus awal pagi tadi, dan mencemari masjid dengan tulisan slogan perkauman dan ugutan untuk membunuh penduduk Arab.

Ruangan masjid di tingkat bawah yang dikhususkan untuk Muslimat telah dibakar dan kejadian itu hanya disedari apabila para jemaah datang untuk mengerjakan solat Subuh. Mereka segera memadamkan kebakaran tersebut.

Tiga bulan lalu, pekan Aqraba juga diserang oleh pendatang Yahudi dari penempatan haram Gittit dan Itamar, di mana mereka telah membakar pusat pertanian milik penduduk Palestin.

Sementara itu tentera Zionis menceroboh masuk ke beberapa kawasan di Tebing Barat awal pagi tadi dan membina beberapa sekatan jalan.

Di Jenin, tentera Zionis memasuki pekan Araba, Qabatiya, Maslia, Zabdbda dan Mithloun. Tentera ditempatkan berkawal di seluruh kawasan kejiranan di bandar Jenin. Kenderaan milik penduduk Palestin diperiksa dan digeledah, namun tidak ada tangkapan dilaporkan.

Manakala di Nablus pula, tentera Zionis menceroboh masuk ke kem pelarian Faraa dengan membawa anjing polis dan memecah masuk serta menggeledah beberapa buah rumah dan sekolah. Beberapa orang penduduk diserang dan disoal-siasat.

Tentera turut bertindak ganas dengan meletupkan pintu rumah penduduk sehingga menyebabkan kerosakan. Beberapa penduduk dikurung ketika tentera menggeledah rumah mereka.

Kem pelarian Balata dan pekan Burin di selatan Nablus turut dimasuki tentera dengan serangan bom asap.

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts