Pendatang Yahudi Ceroboh Al-Aqsa, Halang Muslim Masuk

AL-QUDS, 13 Okt 2014 (MEMO) — Suasana tegang berterusan di sekitar Masjid al-Aqsa apabila polis Zionis menceroboh masuk dan kemudian menghalang semua rakyat Palestin yang berumur di bawah 60 tahun memasuki kawasan masjid. Manakala beberapa kumpulan besar pendatang Yahudi memasuki perkarangan masjid di bawah kawalan keselamatan yang ketat.

Timbalan Speaker Knesset, Moshe Feiglin, bersama empat rakan beliau turut mencoroboh masuk dan mengadakan tinjauan selama 45 minit. Mereka juga mengadakan upacara ritual di samping mendengar kuliah yang disampaikan oleh Feiglin di perkarangan Kubah as-Sakhra tentang dakwaan mereka berkenaan kedaulatan al-Aqsa.

Feiglin memberi ucapan yang menghasut dan penuh dengan pembohongan. Kata beliau, “Hamas dan ISIS telah mengawal Temple Mount [kawasan Masjid al-Aqsa yang didakwa asalnya milik Yahudi]. Wakil-wakil Hamas dan ahli-ahli ISIS telah berjaya membenteng diri mereka di sini. Manakala [Yitzhak] Aharonovich [Menteri Dalam Negeri Zionis] menghalang polis daripada menangkap pengganas [ini] di tengah-tengah ibukota [kita], [polis] yang membebaskan bukit ini dari tangan mereka dan membenarkan Yahudi naik ke Kuil sepanjang [perayaan] Sukkot.”

Seramai 185 pendatang Yahudi memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa sejak pagi semalam. Manakala pasukan polis sekali lagi menyerang para jemaah pagi ini. Mereka menembak grenad asap dan gas pemedih mata ke arah ahli jemaah serta menghalang pelajar daripada memasuki sekolah di kawasan masjid.

Rejim Zionis turut memotong bekalan elektrik di beberapa bahagian masjid. Tentera Zionis juga dilaporkan naik ke bumbung masjid serta menempatkan pasukan mereka di semua pintu dan tingkap masjid, mengugut para jemaah di dalam masjid dengan tembakan peluru getah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts