Pendatang Yahudi Curi Beg, Koyak Buku Kanak-Kanak Palestin

AL-KHALIL, 25 Ogos 2015 (PNN) — Dengan bermulanya sesi persekolahan baharu, pelajar di perkampungan Susya di selatan Al-Khalil terpaksa berhadapan dengan ancaman dan serangan berterusan daripada pendatang Yahudi.

Pada 5 May lalu, Mahkamah Tinggi Zionis memutuskan untuk memberi kebenaran kepada tentera memusnahkan seluruh perkampungan Susya yang terletak di dalam Kawasan C – kawasan yang jatuh di bawah kawalan penuh tentera Zionis dan pentadbiran rejim, iaitu 60% daripada keluasan Tebing Barat. Keputusan tersebut memberi kuasa kepada tentera untuk mengusir keluar sekitar 340 orang penduduknya ke kawasan A – yang dikawal dan ditadbir oleh Palestinian Authority, merangkumi hanya 18% daripada Tebing Barat.

Keputusan mahakamah itu dibuat setelah pendatang Yahudi membuat rayuan dua bulan sebelumnya, mendesak supaya penduduk asal Palestin dipindahkan bagi meluaskan lagi penempatan Yahudi di atas tanah perkampungan Susya.

Sejak keputusan tersebut dibuat, penduduk terpaksa berhadapan dengan gangguan secara berterusan oleh pendatang Yahudi dan tentera Zionis. Kanak-kanak pelajar sekolah tidak terkecuali.

Gurub Bsar Sekolah Rendah Susya, Mohammad Nawaj’a, Isnin lalu melaporkan bahawa sekolah tersebut telah menerima ugutan untuk diroboh pada bulan Disember 2011, atas alasan pembinaan bangunan tanpa kebenaran. Pihak sekolah kemudiannya membuat permohonan kebenaran pembinaan, tetapi tidak berjaya. Berikutan dengan itu, ancaman perobohan semakin hampir di mana jalan bersebelahan dan unit khidmat kesihatan dan bekalan air dimusnahkan.

“Kami wujud di sini sejak ratusan tahun,” kata Mohammad Nawaj’a. “Tetapi sekarang rumah dan sekolah kami dikatakan haram (pembinaannya) dan kami menjadi orang asing di atas bumi sendiri.”

“Pendatang Yahudi merampas tanah kami, dan di atasnya mereka bina rumah-rumah dan kemudahan yang diberikan sepenuhnya oleh jabatan bekalan air dan elektrik rejim Zionis. Pada masa yang sama, kami diberi ugutan untuk dihalau dan diroboh dan dirampas has asasi kami, supaya mereka boleh meluaskan penempatan Yahudi dan menghapuskan orang Palestin dari atas bumi Palestin.”

Setiap hari para pelajar diserang dan diganggu oleh pendatang Yahudi. Ancaman yang berterusan sejak bertahun itu kini tiba di kemuncaknya, di mana sekolah mereka pula akan dirobohkan.

“Setiap pagi kami berjalan ke sekolah, pendatang Yahudi mengugut kami. Mereka mengikuti kami dengan menaiki kereta. Mereka curi beg sekolah kami dan mengoyak-ngoyak buku kami,” cerita Nagham Nawaj’a, seorang pelajar berumur 12 tahun.

Seorang lagi pelajar, Khaldoun Shanran, berkata, “Pendatang Yahudi ingin menghalau kami dari rumah kami, tetapi kami ingin tetap tinggal di rumah kami dan (meneruskan pelajaran di) sekolah ini.”

Rejim Zionis selama ini telah membina penempatan Susya di atas tanah penduduk Palestin, sehingga menjadikan penduduk asalnya sebagai golongan minoriti.

Dengan ancaman yang berterusan dan tidak mendapat sebagai perlindungan dari mana-mana pihak, penduduk bimbang keganasan Zionis akan terus meningkat.

Taman permainan di Sekolah Rendah Susya.
Taman permainan di Sekolah Rendah Susya.
Unit bekalan air sekolah bakal dimusnahkan.
Unit bekalan air sekolah bakal dimusnahkan.
Peta menunjukkan penempatan Yahudi di atas tanah Palestin di Susya. (OCHA, July 2015).
Peta menunjukkan penempatan Yahudi di atas tanah Palestin di Susya. (OCHA, July 2015).
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts