Pendatang Yahudi diarah bentuk kuasa tempatan sendiri di al-Khalil

AL-KHALIL, 4 Sep 2017 — Tentera Zionis Khamis lalu mengumumkan arahan bagi pendatang Yahudi membentuk sebuah kuasa tempatan sendiri yang bebas di Kota Lama al-Khalil, sekaligus mencabul undang-undang dan hak penduduk Palestin.

Arahan tentera itu melanggar perjanjian Protokol Hebron pada tahun 1997, yang memecah Kota Lama al-Khalil kepada dua wilayah; iaitu H1 yang dikawal sepenuhnya oleh penduduk Palestin, dan H2 yang dikawal oleh tentera Zionis. Perjanjian tersebut bagaimanapun menetapkan bahawa urusan pentadbiran awam bagi infrastruktur, pembinaan dan aliran trafik di kawasan H2 masih dikawal oleh pihak berkuasa Palestin.

Sekitar 800 pendatang Yahudi tinggal di Kota Lama, di tengah-tengah lebih 30,000 penduduk Palestin. Seramai lebih 1,000 askar Zionis ditugaskan melindungi pendatang terbabit.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts