Penduduk al-Khalil terkurung akibat kebanjiran pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 27 Apr 2016 (ISM) — Sepanjang musim perayaan Paskah Yahudi dari 22 hingga 29 April, pendatang Yahudi dan tentera Zionis menduduki rumah-rumah, bumbung bangunan, jalan-jalan dan bahkan seluruh kawasan kota al-Khalil, sekaligus menyekat laluan untuk penduduk Palestin.

Di hari pertama perayaan mereka Jumaat lalu, beberapa kumpulan besar pendatang Yahudi dari penempatan haram Kiryat Arba di pinggir kota bergerak menuju ke Masjid Ibrahimi. 60% daripada masjid bersejarah itu telah dirampas dan dijadikan sinagog susulan tragedi pembunuhan ahli jemaah solat Subuh pada tahun 1994.

Kemudian pada hari Isnin dan Selasa, pergerakan penduduk Palestin tersekat sepenuhnya. Tidak seorang pun penduduk Palestin dibenarkan berada dalam Zon H2, bagi memberi kebebasan dan ruang kepada pendatang Yahudi menyambut Paskah. Sungguhpun H2 mempunyai 30,000 penduduk Palestin, kawasan ini dikawal penuh oleh tentera Zionis untuk memberi perlindungan kepada 800 pendatang Yahudi yang tinggal di situ.

Sepanjang dua hari tersebut, pintu masuk utama Masjid Ibrahimi ditutup dan para jemaah tidap dapat menunaikan solat di dalamnya. Bahkan para jemaah diharamkan memasuki mana-mana kawasan masjid. Manakala pendatang Yahudi dibenar menggunakan 40% ruangan masjid yang dikhususkan untuk orang Islam itu.

Dalam keadaan berbondong-bondong bas membawa pendatang Yahudi dari seluruh wilayah Palestin ke Kota Lama al-Khalil, banyak sekali sekatan baharu dibina di seluruh kota bagi menyekat pergerakan penduduk Palestin.

Sekolah perempuan Al-Faiha, yang terletak betul-betul bertentangan dengan lot pakir yang dikhususkan untuk bas mengangkut pendatang Yahudi, terpaksa tamatkan pengajian lebih awal untuk cuba memberi laluan selamat kepada anak-anak perempuan pulang ke rumah, di tengah-tengah kehadiran ramai pendatang Yahudi dan tentera Zionis. Sepanjang dua hari tersebut, begitu ramai pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

Tentera Zionis juga mengambil alih dua buah kedai bersebelahan bangunan sekolah, untuk djadikan sebagai pengkalan operasi mereka.

Pada hari Isnin, tentera Zionis tidak henti-henti mengiringi dan memberi perlindungan kepada kumpulan pendatang Yahudi membuat lawatan di jalan utama pasar Kota Lama – menyekat laluan lorong-lorong sempit, sambil memberi keterangan sejarah kota tersebut mengikut versi Zionis yang penuh dengan penipuan dan rekaan.

Penduduk Palestin disekat dan dipaksa menunggu sehingga sesi lawatan mereka selesai. Seorang lelaki Palestin ditangkap dan seorang lagi cedera parah di bahagian kepala apabila pendatang Yahudi membaling batu ke arah pasar Palestin.

Sungguhpun kawasan belakang sekatan Shuhada terletak dalam Zon H1 yang didiami oleh 170,000 penduduk Palestin dan sepatutnya dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin sepenuhnya, tentera Zionis Selaasa lalu membawa masuk kumpulan besar pendatang Yahudi setelah “membersihkan” kawasan tersebut daripada ancaman bom, hanya untuk menunjukkan kuasa mereka dan menghina perjanjian antarabangsa.

Sepanjang perayaan mereka, proses pemeriksaan di sekatan Shuhada berkali-kali ditangguhkan sehingga menyebabkan penduduk Palestin terpaksa menunggu sehingga berjam-jam untuk pulang ke rumah mereka yang terletak dalam kawasan yang diisytiharkan sebaga “zon larangan tentera”. Sementara para pendatang Yahudi bebas bergerak di kawasan larangan itu sambil berborak-borak dengan tentera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts