Penganut Kristian tidak harus kunjungi al-Quds selagi di bawah penjajahan Zionis

RAMALLAH, 4 Mei 2016 (MEMO) — Paderi Manuel Musallam semalam menyatakan bahawa penganut Kristian tidak harus berkunjung ke al-Quds yang masih berada di bawah penjajah Zionis.

Menurut beliau, rejim Zionis menggunakan kunjungan penganut Kristian ke kota suci itu untuk memutarbelit keadaan sebenar yang sedang berlaku. “Kita sedang dalam keadaan berperang, di mana kita perlu berwaspada terhadap apa yang dilakukan oleh penjajah,” kata beliau.

Rejim Zionis menganggap kunjungan bangsa Arab dan Kristian sebagai satu bentuk industri pelancongan. “Mempromosi perkara ini [pelancongan] adalah suatu yang salah. Pihak Gereja Koptik tidak ada hak untuk membenarkan kujungan ke kota suci sepanjang tempoh ‘peperangan’ dengan Israel,” kata pemimpin lantang PLO bagi hal ehwal dunia Kristian itu.

Beliau turut mengkritik polisi berdamai negara Arab yang “menerima kewujudan negara Israel.”

Paderi Musallam membuat kritikan tersebut setelah lebih 7,000 penganut Kristian dari Mesir mengunjungi kota suci al-Quds, menyusuli kunjungan seorang paderi Koptik ke kota suci itu dua bulan lalu. Pihak Gereja Koptik di Mesir, yang menyokong penuh rampasan kuasa oleh As-Sisi, dilihat bertindak demikian selaras dengan polisi pemimpin negara mereka yang berdamai dengan rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts