Penjara Ofer denda kanak-kanak Palestin sebanyak RM51,700 sepanjang bulan Jun

RAMALLAH, 6 Julai 2017 (PIC) — Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendedahkan bahawa pihak berkuasa Zionis di penjara Ofer telah mengenakan denda sejumlah 42,000 shekel (RM51,700) ke atas kanak-kanak Palestin sepanjang bulan Jun lalu.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara, dibandingkan dengan bulan sebelumnya berikutan keputusan pihak rejim untuk mengenakan denda yang tinggi sebagai satu bentuk tindakan punitif.

Sekitar 35 kanak-kanak dikurung dalam seksyen juvana di penjara Ofer sepanjang bulan lalu. Mereka berhadapan dengan berbagai bentuk penderaan, termasuk dipindahkan ke kem-kem tentera dan juga kawasan penempatan haram Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts