Perang Baru Ke Atas Gaza Semakin Hampir: Ashkenazi

Ketua Staf Angkatan Tentera Darat Israel, Gabi Ashkenazi, menyatakan hari Selasa lalu (3/11) bahawa dia percaya perang baru di Gaza semakin hamper. Justeru tentera mereka sedang menyiapkan pelancaran serangan ke atas Briged Al Qassam yang terletak di daerah populasi penduduk padat di Genting Gaza.

Dia mengatakan bahawa tentera Israek sedia berperang di bandar, masjid, hospital, sekolah hatta di pusat asuhan kanak-kanak dan menegaskan lagi bahawa Briged Qassam yang memaksa mereka untuk melawan dengan cara ini.

Kenyataan Ashkenazi dimungkap ketika upacara grasuasi tentera kadet, dan disiarkan oleh Radio Israel.

Israeli Military Intelligence Chief, Amos Yedlin, claimed that Hamas is trying to obtain more weapons and missiles, and that it successfully tested an Iranian missile that could hit Tel Aviv, 60 kilometers (27.28 Miles) away.

Sementara itu, gerakan Hamas di Gaza mengatakan bahawa kenyataan Israel mengenai kejayaan Hamas melakukan ujian peluru berpandunya yang baru adalah merupakan helah Israel untuk mengalihkan perhatian dunia terhadap laporan Goldstone.

Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas, mengatakan bahawa kenyataan Ashkenazi dilakukan dalam usaha untuk mengesahkan jenayah perang terhadap kemanusiaan di
Gaza, dan boleh juga dimaksudkan untuk membenarkan kejahatan masa depan.

Ketua Perisikan Tentera Israel, Amos Yedlin, mendakwa bahawa Hamas sedang berusaha untuk memperoleh lebih banyak senjata dan misil. Perkara tersebut telah berjaya di uji dengan misil dari Iran yang boleh menyerang Tel Aviv, sehingga 60 kilometer jauhnya.

Yedlin menambah bahawa ketika perang di Gaza awal tahun ini, pejuang Hamas berjaya melepaskan peluru yang mampu mencapai target 45 kilometer jauhnya.

Yedlin juga mendakwa misil dari Iran milik HAMAS mirip dengan yang misil yang dimiliki oleh Hizbullah, dan mungkin misil itu diseludup melalui terowong. imm/milyas/maannews

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts